Tuesday, January 27, 2009

Sambutan Birthday Mak

24hb Januari yg lps, merupakan harijadi mak aku yg ke 60. Dah tua mak aku. Tapi Alhamdulillah, mak aku ni masih kuat lagi. Setakat ni tak de penyakit yg berat2 hinggap kat mak aku & aku harap semoga dia terus sihat. Tak de apa yg dpt aku berikan pd mak aku selain doa & bakti aku yg tak seberapa.

Bersempena dgn birthday mak aku ni, seperti biasa aku lah yg ambik tugas membuat kek. Kali ni aku buat vanilla cake. Kebetulan pekerja kakak ipar yg bernama Kak Ana order kek juga. Dia tak kisah kek apa tapi dia nak kek berinti. Mula2 puas la aku fikir apa la kek berinti tu. Rupanya dia ckp anak2 dia suka kek yg taruk filling kat tngh dia mcm strawberry filling atau blueberry filling ke. So, aku buat kan la vanilla cake & letak blueberry filling kat tngh2 nye.

Selain drpd vanilla cake, aku sumbangkan jugak puding lapis pandan. Kakak aku plak, tangkap contract buat laksa Johor. Mak aku buat agar2 lumut. Selain drpd tu, kakak aku order 20 biji fruit tart kat kedai. Para jemputan....setakat kami sekeluarga, jiran blkg umah merangkap makcik kpd hubby aku & jiran sblh rumah.

Ni lah rupa kek yg aku buat utk birthday mak aku ari tu. Amacam? Ada improvement tak?

Ini plak kek yg aku buatkan utk K. Ana. Mula2 aku tak tau nak tulis apa. Lgpun K. Ana beli utk mkn2 dgn family dia aje. Drpd terbiar kosong je kat atas kek tu, aku tulis la 'Have A Nice Day'.Nasib baik K. Ana gembira dgn hasilnye.

Antara hidangan utk hari tu. Laksa johor tu kakak aku yg buat. Fruit tart tu buat kat kedai je. Hehehe...

Puding lapis pandan. Kena practice lg supaya dpt permukaan puding yg rata.

Ni la 'birthday girl' tngh potong kek. Hehehe...




Thursday, January 22, 2009

Driving Course

Dua tiga hari kebelakangan ni aku rasa busy sesangat. Bukannya apa....skrg ni aku tngh busy dgn kursus memandu. Hubby aku beria-ia benar suruh aku gi bljr. Dia kata senang nanti kalau aku nak ke mana2. Dia blh tido kat umah. Ada ke patut.

Setelah berhempas pulas buat soalan yg 500 tu (tak de lah susah sangat sbb kat bhgn bwhnye, jwpn dah disediakan. Hahaha...), akhirnya smlm aku berjaya gak menjawab soalan ujian berkomputer. Dpt la 48/50. Kira blh dibanggakan jugak la. Hehehe...

Lps ujian berkomputer tu, aku terus msk kelas teori & amali selama 6 jam. Sehari suntuk aku kluar. Anak2 terpaksa aku tinggalkan dgn mak mertua aku. Apa nak buat....Pg tu aku keluar pkl 8 pg, blk pkl 6.30 ptg. Sblm blk, aku beli la rojak mamak 3 bungkus. At least ada gak buah tangan yg aku bwk blk utk mertua aku. Baru lah jadi menantu, bukan menghantu.

Lps ni, aku akan mula bljr memandu. Seronok ada, takut pun ada. Ye la...sepanjang hidup aku, blm pernah lg aku start enjin kereta. Agak2, blh tak aku memandu? Kita tunggu je lah keputusannya nanti samada aku lulus atau tak.

Sunday, January 18, 2009

Anakku Pandai Menyanyi

Ari ni aku nak selitkan video anak aku nombor 2, Mohamad Nabil tengah menyanyi. Skrg ni dia memang pantang dengar org menyanyi kat tv. Dia pun mula la sibuk cari microphone cabuk dia tu.

Ntah apa lagu yg dia nyanyi aku pun tak tau. Dah la tu, dgn penuh gaya je memegang microphone tu. Layan aje la. Tapi mintak maaf la ye. Aku tak reti nak adjust bg video tu tegak.

So, tngklah sambil baring ke, sengetkan kepala ke atau apa2 je cara asalkan korang sume blh tngk video tu. Tapi jgn risau. Video tu pendek je. Kalau lama2 mau teleng kepala korang sume. Hehehe...

Thursday, January 15, 2009

Udang Goreng Kunyit.

Resepi ni, mcm biasalah. Aku ambik kat Myresipi. Resepi dari Minami. Kebetulan hubby aku ni memang suka makan udang. Ini merupakan kali ke dua aku buat ikut resepi ni. Yg pertama dulu aku guna cili hijau. Pas tu hubby aku komen. Dia kata sedap. Tapi lg sedap kalau goreng dgn cili kering. So, kali ni aku goreng ikut mcm yg dia nak.

UDANG GORENG KUNYIT – oleh : minami133

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 300gm udang kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji cili hijau
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.

2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.

3. Goreng sehingga garing

4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris slice.

5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!




Wednesday, January 14, 2009

Pemidang

Hari ni aku nak tunjukkan pemidang yg aku gunakan utk buat aari & zardosi. Pemidang tu dr kayu yg keras (aku tak ingat plak jns kayunye). So, tak de lah dimakan bubuk. Kalau bubuk tu degil nak cuba jugak, mungkin patah la gigi dia. Hehehe.... Yg bhgn kaki nye plak, kayu biasa je. Kaki dia ni memang dah banyak lubang di makan dek bubuk tu.

Inilah rupa pemidang yg aku gunakan utk buat aari & zardosi.

Actually, dlm gambar ni, aku tngh nak buat sulaman pd beg (mcm salah satu projek yg aku kena hantar tu). Separuh aku dah siapkan kat Chennai. Tapi bila blk Malaysia, aku tak berkesempatan lg nak bukak benda ni. Maklum le....umah aku kecik je. Ditambah lg dgn anak aku yg memang suka sangat nak menolong ibu dia buat keje.


Beg ni kawan aku tempah. Tapi disebabkan dia skrg ni tak de kat Malaysia, so....lmbt le aku menyiapkannya. Ni kira tempahan yg kedua la. Sblm ni masa kat Chennai, sorang staff yg keje kat Restoran Pelita Nasi Kandar tempah satu utk wife dia. Dia selalu tngk aku pakai beg tu tiap kali aku gi mkn kat Pelita. Dia tanya aku beli kat mana. Tergezut dia bila aku ckp aku yg buat. Hehehe....Apa, dia ingat org dia je ke blh buat. Malaysia boleh la!

Sulaman yg separuh siap.

Yg sulam benang tu ramai ingat guna mesin. Sebenarnya guna tangan.

Thursday, January 8, 2009

Project Hari Rabu

Smlm aku buat soto ayam. Dah lama rasanya tak buat soto ayam ni. Selalunya aku buat soto ayam yg simple2 je. Just celur bihun, buat kuah, rebus nasi himpit, kuah kicap & bhn2 hiasan. Tapi semalam aku buat soto ayam siap dgn begedil & kacang goreng. Aku suka soto ayam ni sbb bila makan taugeh yg mentah tu, terasa kerangupannya.

Masa kat Chennai dulu, aku cuma buat soto ayam kalau ada taugeh. Kalau tak de, jgn harap aku nak buat. Kat sana memang susah nak jumpa taugeh mcm yg kat Malaysia ni. Dia cuma ada kacang yg baru keluar ekor nak jadi taugeh. Disebabkan susah sangat nak jumpa taugeh kat sana, aku pernah buat projek tanam taugeh. Siap dpt tempahan lg dr kengkawan. So, jadilah aku tokey taugeh sekejap. Muahahaha....

Ni aku copy paste je resepinye. Dari Myresepi aku edit masuk dlm Microsoft Word sbg simpanan & rujukan aku.




SOTO AYAM – oleh : Maya_zakry

Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI
  • B.merah, b.putih, halia - di tumbuk/blend
  • Nasi impit ADABI - rebus
  • Suhun - digoreng (atau guna bihun celur)

Hiasan :

  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun Sup
  • Taugeh
  • Cili merah/hijau

Bahan kicap :

  • 20 bj cili padi (aku guna cili api yg besar sikit tu, dlm 10 bj)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

1. Buka sup bunjut & kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lbh rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.

2. Tumis bwg merah, bwg putih, halia sehingga kuning & naik bau. Kmdn mskkn air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka mskkn kentang & tetulang ayam. Kuah soto siap. (Jangan lupa masukkan sup bunjut yg tlh ditumbuk td.)

3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.

4. Slps goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.

5. Utk kicap pula, kisar semua bhn kicap & ratakan.

6. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yg tlh digoreng/bihun dgn bergedilnya.

7. Hiaslah soto dgn carikkan ayam di atasnya bersama2 bwg goreng, daun bwg, daun sup, taugeh & cili merah/hijau.



BEGEDIL DAGING CINCANG – oleh ratnamurniwati

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly (aku guna 2 kpg daging burger je)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

1. kentang dipotong & digoreng hingga garing.

2. Stlh garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.

3. kmdn ambil daging cincang & gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.

4. setelah itu mskkn daun sup, bawang goreng, lada sulah & garam.

5. gaul hingga semua bhn sebati. Kmdn ambil sedikit & bulat2kan dgn saiz sederhana.

6. akhir sekali, celupkan dlm telur & goreng.



Kononnya lps tu nak buat roti jala. Kuah kari ayam kelmarin ada lg. Aku pun buat la setengah adunan. Kalau buat 1 adunan rasanya banyak sangat. Bila adunan dah siap, aku tinggalkan dulu utk buat keje lain. Bila dah penat, tetiba penyakit malas tu dtg plak. So, aku terus simpan & menjala pg tadi.

Aku selalu guna resepi ni utk buat kuih jala. Kari ayam tu, mcm biasa lah....ikut main campak2 aku je. Tu pun kari ayam nye dah jadi cair sbb aku tambah air. Hehehe...tak kisah la. Nak isi perut aku je.




ROTI JALA - oleh: lynn

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • ½ camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.

2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.

5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.







Mari Mendeco Cake....

Meh la cuci mata dgn hasil deco aku yg tak seberapa. Ada yg aku buat sblm aku gi bljr, & ada yg aku buat lps aku gi bljr.

Sebelum....deco pun yg simple2 je. Tak de munge2. Hias dgn buah2 je kat atasnya.


Deco pertama - buttercream pun cair semacam je.


Percubaan kali ke-2. Blh tahan la.


Bila dah OK, buat utk birthday hubby.


Yg ni senang je. Tuang je dgn chocolate ganache.


Yg ni plak gabungan choc. ganache & buttercream. Pas tu tepek je bunga wafer kat atas dia. Utk birthday adik & anak sedara.


Yg ni buat sblm gi deco class.

Slps.......tiap kali buat kek mesti ada bunga ros. Bukannya apa, sambil tu nak practice.


Buat sempena Aildiladha...


Yg ni buat utk bwk blk Btg Kali. Saja nak tunjuk kat mak yg anak dia ni dah pandai deco cake. Hehehe....


Ni sesaja je buat. 1/2 adunan buat kek bulat, 1/2 adunan lg buat cupcake.


Cuba2 nak deco cupcake.


Buat utk birthday 3 org adik ipar yg lahir dlm bln 12.

Cake Decoration

Aku dah lama simpan hasrat nak bljr deco cake ni. Masa kat Chennai, aku ada la beli sesikit peralatan utk men'deco' ni. So, bila blk Malaysia hasrat tu masih membara. Nak dijadikan cerita, 1 hari tu aku lpskan gian nak mendeco. Bila hubby blk keje, dia tanya kek tu aku beli ke buat? Aku ckp mesti la aku buat. Terus dia kata, lps ni blh gi bljr deco. Muahaha....bagai pucuk dicita ulam mendatang. Aku pun dgn pantasnya mencari mana2 kelas deco yg ada sekitar Puchong ni.

Dari situlah aku dpt tahu tentang K. Ayu (Loveliana). Kebetulan dia pun ada gak menyumbang resepi kat dlm Myresipi. Stlh mendpt semua information pasal kelas dia, aku bgtau kat adik ipar aku. Dia pun berminat nak join. Memang seronok bljr dgn K. Ayu ni. Dia peramah & cara dia mengajar pun best. Aku bljr 7 jenis deco iaitu 3 tier cake, novelty cake, photo cake, barbie cake, basketweave cake, cupcake & fancy cookies dlm masa 2 hari. Hasilnye blh dibawak blk. Tapi aku bg kat mak mertua & suruh dia agih2 kan kat jiran tetangga. Tak larat aku nak mkn kek yg banyak tu.


Ni gambar aku dgn hasil deco (hari pertama)


Barbie cake


Photo cake


3 tier cake (kat tepi tu sbhgn dr cupcake)


Novelty cake (kat sblh tu basketweave cake)

Fancy cookies terlupa nak ambik gambar.

Wednesday, January 7, 2009

Kek

Dari cuba2 buat kuih, aku terjebak dgn kek plak. Aku ni sebenarnya memang tak reti buat kek. Tp aku selalu berangan nak buat kek yg mcm kat kedai tu. Lembut & gebus. Tapi apakan daya....selalunya kek aku memang tak blh nak jadi mcm kat kedai tu. Bila aku dah berkenalan dgn Myresipi, aku tanam azam utk mencuba buat kek. Ternyata usaha & azam aku tu berbaloi. Maka terhasil lah kek2 yg....kalau tak setanding kek kat kedai tu, at least blh la dijual. Hehehe...

So, ni la antara kek2 yg pernah aku buat.


Marble Cake


Kek Pisang


Chocolate cake


Blueberry cupcake


Apple Cake


Orange Sponge Cake


Pandan Sponge Cake


Strawberry Cake


Slice Cheese Cake

Tuesday, January 6, 2009

Main masak2.

Sebenarnya aku ni memang 'kureng' bab masak2 ni. Sblm kawin mak suruh bljr, selalu ngelat. Hehehe...lps kawin, bila tak tau msk, aku call je mak aku tanya resepi. Sesambil tanya khabar, selit2 la soalan 'mak, mcmana nak masak .....?' Tp kekadang tu kena gak dgn mak aku. Jwpn dia nanti, 'ha tu la. Dulu aku suruh bljr masak, ko malas'. Tp dia bg gak resepinye. Tapi 'kekurengan' aku dlm bab masak2 ni tak la sampai hubby aku kebulur. Tapi lama kelamaan, kira pandai gak la. Cuma tak setanding je mcm mak aku masak.

Aku pernah cuba buat kuih muih tradisional mcm kuih seri muka, cucur udang, kuih lapis. Tapi memanjang tak jadi. Ntah mana silapnye aku pun tak tau. Mungkin aku ikut resepi yg tak betul atau memang masa tu tangan aku ni tak berbakat. Bila dah 2-3 kali buat asyik tak jadi, aku pun kuburkan je hasrat nak buat kuih tu. Bila rasa nak mkn, aku gi beli je. Kan senang....tak penat, dapur pun tak kotor.

Bila aku tercampak kat Chennai, aku mengasah bakat aku dlm bidang masak2 ni especially dlm membuat kuih muih tradisional & membuat kek. Bukannya apa....kat sana mana nak dpt kuih muih tradisional kita. Jadi, kena la bljr. Dr situ lah aku mula berkenalan dgn Myresipi. Seronok sbb mcm2 resepi yg ada. Semuanya di hujung jari anda. Hehehe.... & yg paling best, bila aku buat tu, selalunye memang menjadi.

Meh layan gambar hasil dr main masak2 aku setakat ni. Semua resepi aku ambik kat Myresepi.

Kuih Getas - my favourite!!!! Tp sira gulanye kurang menjadi.


Kuih bakar - yg ni memang selalu buat.

Kuih lapis - akhirnya berjaya gak buat kuih lapis...
Tepung gomak - yummy!!!


Roti jala - mkn dgn kari ayam


Kuih gulung


Karipap - my hubby's favourite. Mkn karipap hari2 pun tak pe.


Fishball - bila blk Malaysia dah tak pernah buat sbb kat sini ikan tenggiri mahal giler. Lagipun kat kedai melambak ada jual fishball.


Donut - ni kes org malas buat donut. Cuma bulat2 kan je. Janji sedap.


Mushroom soup - mkn dgn roti pun sodap.


Cream puff - resepi Yani


1st time aku buat dadih. Mcm2 perisa plak tu.

Agar2 rambutan & pulasan - nak habiskan stock buah pulasan & rambutan masa musim buah ari tu.