Thursday, June 25, 2009

Baking lagi

Benda pertama yang aku buat bagi merasmikan oven baru tu, adalah roti kentang. Teringin sesangat nak makan roti kentang hasil air tangan sendiri. Aku guna resepi Onigiri. Mula2 aku buat sebijik sebijun ikut dalam resepi. Bila aku biarkan adunan tu naik, nampak macam tak berapa naik la plak. Aku biarkan je la sebab aku ingat adunan tu tak jadi. Aku pun buat la adunan lain. Kali ni aku rendam yis dgn air suam & gula. Kemudian baru aku campurkan ke dalam adunan tepung & aku biarkan adunan tu naik. Sekali tu, aku tengok dua2 adunan aku tu naik. Bayangkan la berapa banyak roti kentang yang aku dapat.
Alhamdulillah, selamat la aku mengagihkan roti kentang tu kat suku sakat aku. Tapi adik aku komen sikit. Dia kata yang kat TESCO tu lagi lembut. Tapi bagi aku dah kira lembut la tu. Tak pe, lain kali kita cuba lagi.


Roti kentang baru keluar dr oven.

Tekstur dlm roti kentang.

Kemudian, last week aku buat kek durian plak. Hehehe... disebabkan sekarang ni musim durian, kita pelbagaikan makanan berasaskan durian. Resepi kek durian ni aku ambik dari blog Cik Mat Gebu. Tapi disebabkan aku guna butter yang tak biasa aku gunakan (selalunya aku guna buttercup) so, rasa dia agak muak. Tapi bapak aku cakap OK. Mungkin tak kena dengan tekak aku kot. Apa2 pun, dah selamat masuk ke tangki Indah Water. Hehehe...

Kek durian.

Family Day

Dua minggu lepas, aku satu family, abang aku satu family & adik pompuan aku yang masih single & available tu, gi berkelah. Mula2 kami pergi bersihkan dusun buah. Maklum le...musim buah durian sekarang ni kan. So, masa ni la nak tengok dusun durian tu cantik & bersih. Kalau tak....memang kami bercucuk tanamkan lalang je la. Dulu dusun ni memang sentiasa terjaga. Tapi semenjak bapak aku sibuk dengan ternakan ikan dia kat kebun kitorang yg satu lagi tu, dia tak de masa nak bersihkan dusun tu lagi.

Kami bertolak dlm pukul 11 pagi. Makanan untuk bekalan kami cuma beli kat pasar minggu je. Malas nak masak2. Abang aku satu family dah pegi dulu. Lagipun kebun tu tak la jauh sangat dari umah aku. Cuma dalam 10 minit je dari umah aku. Sampai je kat kebun, aku tengok abang aku dah start mesin rumput (lebih tepat lagi, mesin lalang. Hehehe....) Disebabkan hubby aku ni orang bandar & tak berapa reti buat kerja2 kampung ni, dia kena la jaga Is. Nampak gaya kena ajar dia jadi orang kampung la lepas ni.

Sayang nya aku tak teringat nak ambik gambar masa kami kat kebun durian tu. Sibuk sangat buat keje. Hehehe...Lain kali aku snap gambar masa kat kebun tu. Lepas badan pun dah 'wangi' dengan aroma asap, kami pun terus gi ke kolam ikan bapak aku. Kalau dari kebun durian tu, cuma dlm 10 minit je. Bersebelahan dengan kolam ikan bapak aku ni, ada sungai & berdekatan dengan perkampungan orang asli. Tu sebab bapak aku kena selalu jaga kolam ikan dia sebab orang asli tu selalu dok gi memancing/menjala free kat situ.

Yang paling seronok tentulah budak2 sebab dapat mandi sungai. Sungai tu plak memang la selamat untuk budak2 sebab sungainya cetek/dengket je. Jangan kata budak2, mak budak & bapak budak pun sama berendam.

Ni lah sebahagian pemandangan kat kolam ikan bapak aku.

Seronok tengok pemandangan yg hijau je. Pemandangan 3 kolam ikan.

2 drpd 5 org anak abg aku. Yg kurus tu (Haziq) ada gaya jadi petani, penternak & nelayan berjaya. Yg debab tu (Haikal/along) buat keje sikit dah penat. Makan dia tak penat plak.

Terapi ikan. Hehehe...tapi jgn salah faham. Ikan tu sebenarnya bukannya makan sel2 mati yg mcm org selalu buat terapi ikan tu. Kami cuma tabur makanan ikan & berduyun2 lah ikan tu datang. Ikan ni...goreng pun sodap. Tapi tu baru anak2 ikan je. Yg besar2 dah kena jual. Skrg ni bapak aku jual anak ikan kat org yg nak bela ikan. So, sesapa yg bercadang nak bela ikan talapia merah, contact aku ye. Hehehe....

Thursday, June 11, 2009

Tercapai Sudah Targetku.

Alhamdulllah....akhirnya target aku yang terakhir iaitu nak beli oven yang saiz besar dah tercapai. Hari Isnin lepas, kebetulan hubby tak kerja. So, belah petang kami gi buat lawatan ke kedai elektrik.


Mula2 dulu aku nak beli cap Europa. Pas tu tukar plak cadangan nak beli oven Zanussi. Akhirnya, aku beli cap Pensonic je. Hehehe... Dah itu je yang ada kat kedai tu. Lepas ni makin galak la aku membaking gamaknya.


Sunday, June 7, 2009

Mini Fondant Cake

Kali ni aku terima tempahan dari jiran belakang umah mak aku merangkap saudara macam2 bau dengan hubby aku. Hehehe...aku sendiri tak dapat nak merungkai macamana pertalian saudara diorang ni sebab semuanya saling kait mengait. Mak & bapak mertua aku sendiri sebenarnya bersaudara. Cuma dekat atau jauh tu yang aku tak tau. So, jiran belakang umah aku ni plak, ada pertalian dengan kedua2 mak & bapak mertua aku. Anak dia ni plak, merupakan anak angkat yang juga mempunyai talian persaudaraan dengan dia. Tak ke pening kalau nak dirungkaikan sumenye.

Mula2 si Nurul ni mintak aku buatkan cupcake untuk hantaran perkahwinan dia. Dia nak 7 biji je. So, tak la penat sangat. Tapi disebabkan aku tak de casing yang betul2 cantik, aku ubah rancangan tu. Aku terfikir untuk buat mini fondant cake.

Actually macam2 perasaan ada. Excited, takut & bimbang sebab inilah pertama kali aku nak cuba deco cake dengan fondant. So, hari Khamis malam, aku start buat bunga, rama2 & bentuk love untuk dihias atas mini fondant cake tu.


Hari Jumaat, lepas anak2 makan & tidur, baru aku start project membakar kek. Aku buat moist chocolate cake je. Lepas tu, aku potong2 kek tu menjadi saiz mini berbentuk segiempat. Masa ni la aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku ada acuan untuk mini cake ni. Lepas ni kena cari jugak acuan ni nampaknya.



Yang agak mencabar, aku rasa masa nak salut kek tu dengan fondant. Sebelum ni aku belajar hanya untuk tutup cupcake dengan fondant aje. Kali ni kira ikut sedap aku je la macamana nak salut kek tu dengan fondant. Tapi Alhamdulillah, usaha aku tu berhasil. Cuma mungkin la tak secantik orang yang dah pro.

Masa aku hantar kek tu kat Nurul, dia puas hati dengan hasilnya & ramai puji yang mini fondant cake aku buat tu cantik. Kembang akak dek non. Hahaha....Masing2 kata sayang plak nak makan.
Kemudian, aku sponsor sebiji kek untuk dipotong pada hari persandingan dia. Mula2 nak buat kek 2 tingkat. Tapi disebabkan aku start buat kek pun dah pukul 9 malam hari Sabtu tu...so, tak jadilah nak buat kek tingkat2 ni. Cukuplah sekadar kek setingkat je. Lagipun kek sponsor kan. hahaha....


So, buat Nurul & Izham, selamat pengantin baru akak ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.