Sunday, July 26, 2009

Kunjungan Rabiatun Sekeluarga

Hari ni aku menerima kunjungan dari teman blogger yang juga merupakan member di forum Myresipi. Selalunya aku panggil dia ni dengan panggilan Cik Tun di forum. Dia datang bersama suami, 3 orang heronya & maid. Kunjungan Cik Tun sebenarnya nak mengambil nozzle set yang diordernya dari aku. Gembira kemain Cik Tun bila dapat nozzle set tu. Lepas ni Cik Tun boleh la mendeco sakan ye?

Cik Tun & suaminya pun peramah. Seronok bercerita dengan diorang. Sempena kunjungan mereka ni, aku masakkan nasi ayam dan puding ABC resepi K. Fida. Masak yang simple2 je. Maklum le...aku ni bukannya pandai sangat masak. Tapi tak la tak tau masak langsung. Hehehe...


Puding ABC resepi K.Fida. Gambar nasi ayam lupa nak snap.

Dok sibuk2 bercerita, lupa plak nak ambik gambo hubby dengan husband Cik Tun. Gambo anak2 nya pun terlupa nak ambik. Sempat ambik gambo bersama Cik Tun je. Tak pe lah, lain kali kalau ada rezeki nak jumpa Cik Tun lagi, boleh ambik gambo sapa2 yang tercicir dalam pertemuan pertama ni. Hahaha.... Punya happy dapat jumpa, sampai Cik Tun hampir tertinggal nozzle set dia. Nasib baik baru kat depan pintu pagar. Itu pun hubby yang ingatkan. Kalau tak, percuma je la Cik Tun datang sampai ke Batang Kali.

Bergambar kenangan dengan Rabiatun a.k.a Cik Tun.


Cik Tun pun ada bagi souvenir kat aku. Thanks Cik Tun. Buat susah2 je. Hehehe...


Kek Pooh

Semalam jiran sebelah umah aku tempah kek untuk birthday anak sulungnya Akmal. Sebenarnya, jiran aku ni belum duduk sepenuhnya kat sini. Cuma suaminye aje yang dok kat sini. Isterinya (Ida) & 2 orang anak mereka dok kat Bentong, Pahang. Kira sempadan je la. Dia kata tak jauh, dalam 1 jam perjalanan je kalau ikut Genting Highland. Bila ada masa dia akan turun Batang Kali. Kalau tak, suami dia yang akan balik ke Bentong. Ida ni dah 6 tahun mintak tukar ke sini. Tapi tak dapat2 jugak lagi.


Ida tempah chocolate sponge cake untuk celebrate birthday Akmal hari ni. Dia nak buat jamuan makan2 untuk anak2 saudara belah suaminye belah petang. So, dari pagi aku dok sibuk kat dapur. Untuk lunch pun aku just masak nasi goreng. Lagi pun hari ni pasar malam. Tak yah beria2 nak masak untuk lunch. Ala kadar je. Hehehe...


Aku buat kek berukuran 11 x 11 inci & aku buatkan gambar pooh kat atas kek tu. Actually, gambar pooh tu aku ambil dari gambar kat baju tidur Is. Memang dah lama aku 'terberkenan' kat gambar pooh tu. Aku gunakan teknik buttercream transfer & aku warnakan dengan menggunakan jelly.



Akhirnya, beginilah hasil deco aku untuk kek birthday Akmal. Untuk Akmal, selamat hari lahir yang ke 4 dan semoga menjadi anak yang soleh. Amiiiiiiiiiiinnnnnnn...

Saturday, July 25, 2009

Puding Roti Marble

Hari Khamis lepas, aku tergerak hati nak buat puding roti marble. Resepi ni disumbangkan oleh hana6877 di Myresipi. Bukannya apa, teruja tengok corak belang2 tu. Kebetulan plak, nak menghabiskan stock roti yang dah nak expired.

Aku start buat puding ni pun dah dekat pukul 10.30 malam. Nak buat siang, susu cair tak de plak. So, aku suruh hubby aku belikan masa dia balik dari office. Aku malas nak start enjin kereta semata2 nak beli susu cair. Banyak tenaga diperlukan. Hehehe....



Sekarang ni aku tau la macamana nak buat corak belang2 tu. Orang lain dah
berzaman tau, aku ni baru terkedek2 nak belajar. Tapi lebih baik lambat daripada tak tau langsung kan?

So, hari Jumaat aku bawak sikit untuk konco2 aku kat kedai. (Sapa lagi kalau bukan adik pompuan & abang aku 1 family). Sekarang ni aku rajin bawak anak2 lepak kat kedai abang aku. Bukannya apa, at least Abil & Is boleh berkawan & bermain dengan anak abang aku yang kecik tu. Kalau dok kat umah, ada je benda yang Abil buat yang boleh membuatkan ibu dia ni hangin satu badan.

Hari ni, aku terima tempahan puding roti marble ni dari kakak ipar aku & adiknya. Dia nak hari Jumaat depan. Hehehe...rezeki, rezeki. Alhamdulillah....ada masyuuuuuk.

Tuesday, July 21, 2009

Cikbunga Kembang Setaman.

Hari Ahad yang lepas, aku berjumpa dengan seorang teman blogger yang meng'order' nozzle set dari aku. Nama dia Kak Ros. Sebelum ni aku memang tak pernah kenal dengan K.Ros ni. Cuma bertegur sapa di alam cyber ni je. Bermula dengan nozzle idaman kalbunye, kami menjadi sahabat.

Sepatutnya aku berjumpa dengan K.Ros 2 minggu. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa di tunda ke minggu ni. Itupun K.Ros tak sabar2 nak ambik nozzle set dia. Hehehe... Terlepas peluang dia nak mendeco kek sebeday dia pada hari Sabtu 2 minggu sudah. Tak pe lah K.Ros, lepas ni deco la puas2.


K. Ros happy bebeno dpt nozzle idaman kalbu nye.

K. Ros ni seorang yang peramah. Dia datang bersama anak perempuannya ke rumah mak mertua aku di Puchong. Siap bawak buah tangan lagi. Tima kasih K.Ros. Insyaallah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Mungkin Fieza plak buat kunjungan balas ke umah K.Ros.



Salah satu daripada buah tangan dari K. Ros.

Thursday, July 9, 2009

African Marble Cake

Pagi semalam, lepas habis buat kerja rumah, aku pun bersiap2 untuk buat African Marble Cake. Sebenarnya dah lama aku pasang angan2 nak buat kek ni. Tapi angan2 cuma tinggal angan2 je. Tapi pagi semalam aku betul2 bertekad dan berazam untuk mencuba juga resepi kek ni. Aku buat kek african marble cake ni ikut resepi si Fiza @ Tulip kat MyR.

So, sementara budak2 ni tak bangun lagi, aku pun mulalah mengadun bahan2 nya. Dapatlah aku 2 biji kek dan yang adunan yang lebih2 tu, aku masukkan dalam paper cup yang kecik2 yang orang selalu gunakan untuk buat kuih raya. Sebenarnya aku tak berapa faham sangat penerangannya macamana nak buat agar ianya ber'marble'. Hehehe.. Aku main belasah aje. Aku suka tengok kadang2 orang boleh buat bahagian dalam kek tu berbelang persis kuda belang. Hahaha...

Alhamdulillah, kek yang aku buat tu menjadi. Lembut & gebus je. Cuma atasnya sedikit merekah dan bahagian marble kat dalamnya tak berapa cantik. Tak pe lah. Lain kali aku cuba lagi. Kek yang kecik2 tu aku bagi si Abil makan. Senang, tak yah nak potong2 lagi. Si Abil ni memang suka makan kek. So, tiap kali aku buat kek, dia lah tester dan juga tukang perabih kek2 yang aku buat. Kalau kek tak jadi pun tak risau. Tetap akan melalui proses pelupusan yang mesra alam. Hehehe...

1 biji kek aku hantar ke umah mak. Yang sebiji lagi tentulah untuk umah aku. Tapi korang nak tau apa jadi kat kek yang kat umah aku ni? Hampir2 hancur dikerjakan dek Abil. Nasib baik tak lunyai dikerjakannya. Masih boleh dimakan. Tapi untuk dihidang pada tetamu, tak tergamak aku. Mula2 dia cucuk2 atas kek tu. Habis berlubang kek aku. Pas tu, belah malam masa aku tengah kemas tempat tidur dia, di potong2 nye plak kek tu. Bapak nye yang tengah tengok tv boleh tak perasan apa anak dia buat. Hangin betul aku.


2 biji kek. Corak kat atasnya tak berapa nampak.

Yg ni balance adunan yg aku masukkan dlm paper cup.


Rupa kek yg blm dikerjakan oleh Abil.

Ni project Abil yg pertama.

Ni project ke-2, menggunakan kek yg sama.



Tuesday, July 7, 2009

Award Dari K. Mimi

Sebenarnya K. Maria bg award ni bulan lepas. Tapi tak de kesempatan nak menempeknya kat blog aku ni. Hehehe...Sorry K.Maria. Kadang2 main cilut cak je kat blog ni. Busy memanjang. Aku tengok kat dalam blog K. Maria, ada 3 gambo. Tapi yang lain2 tu aku tengok macam tak kena je dengan blog aku ni. So, aku ambik je yang ni. Maaf la kalau tak betul. Hehehe...




Syarat2 award ni,

1-ceritakan tentang org yg bagi award ni

2-bagi kat 5 orang ja...kalau lebih pun tak pa kan kak...hehehe

3-bagitau tentang award ni kat shoutmix org yang kita nak bagi tu.

Untuk syarat yang nombor satu tu, aku kenal dengan K. Maria melalui forum di MyR. K. Maria ni dok kat Sabah. Orangnya rajin memasak sebab aku tengok blog dia penuh dengan makanan. Sapa yang dok berjiran dengan dia, mesti best sebab selalu dapat makan yang sedap2. Aku belum pernah jumpa dengan K. Maria ni. Cuma bertegur sapa & bersembang di alam cyber ni je. Insyaallah, kalau ada rezeki & diizinkan Allah, kami pasti akan berjumpa satu hari nanti.

Untuk syarat yang nombor 2 & 3 tu, aku malas nak serabutkan kepala otak memikirkan kat sapa aku nak bagi award ni. So, sesapa yang singgah kat blog aku ni, yang belum ada award ni & nak letak kat blog memasing, silakan.