Monday, August 24, 2009

PENGUMUMAN!!!!

Alhamdulillah, stock nozzle set yang ada pada aku dah habis terjual. Terima kasih pada K. Ani & K. Fis di Chennai, Ruby (ampang), Tah (adik ipar aku), K. Ros (PJ), K. Ina (Puchong), Wan Chik (Batang Kali), Ieda (Kuwait) , K. Wani (Terengganu) & Ann (Terengganu & pembeli terakhir) yang sudi membeli nozzle set tu dari aku. Harap2 you all sume puas hati dengan nozzle set tu.Terima kasih juga buat K. Fis yang sudi tolong aku bawak balik nozzle sets tu. Cayang K. Fis. Lain kali boleh tolong lagi. Hahaha....

So, pada sesapa yang masih berminat untuk memiliki nozzle set ni, kena la tunggu next order. Insyaallah, Mungkin bulan 12 nanti atau bulan satu tahun depan. So, kalau rasa2 berminat nak memiliki nozzle set tu, sila buat tempahan sekarang. Buat masa ni harga nya masih RM200. Sekiranya ada sebarang perubahan pada harga, akan diberitahu kelak. Tapi rasanya tak de perubahan kot.

Tuesday, August 18, 2009

Morning Walk At Putrajaya

Sabtu lepas, kami sekeluarga balik ke Puchong. Hari Ahadnye, kami bercadang untuk pergi 'morning walk' kat Putrajaya. Setiap hari Ahad, memang adik ipar aku Imah akan bawak mak & bapak mertua aku untuk gi jenjalan kat Taman Botani, Putrajaya. Untuk jaga kesihatan la katakan....

So, pagi Ahad tu, kami pun bersiap dengan bekal mee goreng & air teh. Lepas jenjalan nanti boleh la makan2 plak. Hala tuju kami yang pertama ialah Taman Botani. Paling kelakar tengok gelagat si Abil. Punya bersemangat dia berjogging. Mula2 je. Pas tu mula la dia penat.

Meh kita tengok gambo2 yang sempat aku snap masa kat sana. Mula2 kami gi kat bangunan yang bercirikan senibina ala2 Morocco kalau tak silap aku. Sekali tengok macam ala2 Taj Mahal la plak (hehehe...aku sendiri tak pernah gi Taj Mahal walaupun dok India 3 tahun setengah). Senibina nya unik & menarik. Yg paling aku suka tengok, air pancut tu. Kolam dia pun biru je. Bak kata orang, sejuk mata memandang. Tapi nak masuk bangunan yang kat belah dalam, kena beli tiket. Kami tak beli pun. So, tak boleh la masuk.




















Wednesday, August 12, 2009

Berehat Untuk Sementara Waktu.

Oleh kerana tuan umah busy mengalahkan menteri, umah ni terpaksa jarang2 di update kan. Antara sebab2 nya :

1) Tak de cerita menarik.
2) Tengah sibuk menjahit baju raya walaupun puasa belum start lagi.
3) Menyiapkan tempahan bag sulam. Yang ni tuan umah akan updatekan dalam blog yang akan diberitahu kelak. Blog tu kira macam kedai tuan umah la. Hehehe....

Tapi kalau ada berita terkini atau ada cerita menarik yang nak dikongsi dengan u all sume, tuan umah akan update la blog ni. Tapi jangan segan plak nak masuk sini. Intai2 le umah kita ni. Hehehe...

Tuesday, August 4, 2009

Fresh From Oven

Baru lepas siap buat fruit tart. Pastrynye, aku guna lebihan adunan kuih tart yang aku buat baru2 ni. Masa balik Puchong baru2 ni, aku beli buah kiwi, strawberry dan anggur kat Jusco. Memang dah lama berangan nak buat fruit tart ni. Cuma semangat je tak kuat nak buat. Hehehe...


Monday, August 3, 2009

Nozzle Set Untuk Dijual



Tawaran ni dibuka kepada sesapa yang rasa2 nak memiliki nozzle set yang comel ini. (Muahaha...promo kena lebih). Hanya ada 3 set sahaja lagi yang tinggal. Nak tau isi dalamnya, sila check di entry sblm ni iaitu http://rumahituduniaku.blogspot.com/search/label/Peralatan.

Kat situ ada diterangkan secara details apa yang ada dalam box tu.

Harga untuk satu set ialah RM200. Pat pat nye, sapa cepat dia punya!!!!!!

Balik Kampung

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga balik ke rumah mertua aku di Puchong. Kira balik kampung di bandar la ni. Belah petangnya, aku dan adik ipar aku, Imah pegi ke Bake with Yen. Kononnya nak buat roti petang tu. Tak sudahnya, lain yang dirancang, lain yang jadi. Tak jadi buat roti, kami buat chocolate.



Sebenarnya masa kat India dulu aku ada belajar buat chocolate. Tapi dah lama sangat. Resepinya pun ntah ke mana aku letakkan. Masa sibuk pindah dari Chennai sume resepi aku letak dalam 1 envelope. Tapi sampai sekarang belum jugak jumpa. So, aku main ingat2 je step yang kena buat.

Alhamdulillah, menjadi gak chocolate tu. Bukan susah pun. Double boil, pas tu tenyeh2 atas marble, kemudian masukkan dalam mould. Pas tu letak kacang & biar dia mengeras. Itu apa yang aku belajar kat sana la.


Hari Ahad plak, aku dan hubby pegi kenduri kawin kat Masjid Wilayah dekat dengan office dia. Member satu office hubby kawin. Nama dia Saadah. Aku dengar citer, suami adda ni pandai buat kek. Masa kami sampai tu, tak ramai lagi member Matrade yang datang. Kami sampai sana dalam pukul 12.30 tengahari. Mungkin yang lain datang lewat. Kami duduk 1 meja dengan Fifi yang juga baru je melangsungkan perkahwinan bulan lepas.

Pengantin lama & pengantin baru. Hahaha....


Pengantin baru & pengantin terbaru.


Sempat lagi nak ambik gambo cake & cupcake..

Ni plak gambo si Abil tengah makan nasi sendiri. Ntah berapa banyak la yang masuk ke mulut dan berapa banyak pulak yang jatuh.










Sunday, August 2, 2009

Baju Tidur

Kali ni aku nak tunjukkan gambar baju tidur yang aku jahit. Actually baju tidur ni ditempah oleh jiran sebelah kedai abang aku. Mula2 dia nak suruh aku jahitkan bag untuk isi barang2 baby. Bila aku bawak kain dan tunjukkan pada dia, dia berkenan sesangat kat kain warna pink ni dan suruh aku jahitkan baju tidur untuk dia. Disebabkan dia tengah mengandung, dia minta aku supaya letakkan tali je supaya senang dia nak adjust.



Baju siap ada poket lagi. Hahaha...
Baju ni kain dia memang lembut. Kain ni aku beli kat Chennai. Murah je. Kalau tak silap aku semeter dalam 2 atau 3 ringgit. Rugi plak rasanya aku tak beli banyak. Kononnya beli untuk buat sarung bantal atau baju bebudak ni. Tapi disebabkan warnanya pink, aku simpan je la dulu kot2 la dapat anak pompuan. Hehehe...

Saturday, August 1, 2009

Hari Yang Memenatkan

Hari Khamis lepas agak meletihkan bagi aku. Apa taknya, hari Rabu petang masa pegi kedai kakak ipar aku, dia mintak aku buatkan 4 biji kuih kemboja atau nama glamournye kuih bombay sebab ada orang tempah. Hahaha...mentang2 la aku pernah dok kat India. Mula2 aku agak keberatan nak terima. Tapi kesian plak sebab kakak ipar aku tu tengah mengandung & dia pun kena buat kuih bahulu plak. Tak sudahnya, aku terima gak.

Kononnya aku nak buat malam tu jugak. Tapi sebab mengantuk, aku buat hari Khamis pagi. Lepas je hubby gi keje, aku pun mula lah bersilat. Mula2 aku buat 1 adunan je. Dapat lah dalam 4 biji. Tapi lepas kuih tu masak, sebiji dah tercacat la plak. So, aku decide untuk buat 1 adunan lagi. Lagi pun takkan aku nak tengok je kuih tu. Nak gak makan. Aku bagi kakak ipar aku sebiji, adik aku sebiji.


Napa ek? Kuih aku mula2 naik mcm ni. Nasib baik lps tu dia turun blk.


1st batch. Yg rosak kita jgn tayang. Hahaha....


Kemudian, dalam pukul 3 petang, makcik kepada hubby aku plak datang nak belajar deco cake. Aku suruh dia bawak sebiji kek, butter & gula icing. Aku cuma ajar dia macamana nak buat buttercream, macamana nak cover kek dengan buttercream, buat bunga ros, deco dgn menggunakan nozzle bentuk star kat bahagian tepi kek & juga teknik buttercream transfer. Lagi pun aku bukannya pro nak ngajo orang. Sorry lah. Gambo aku tak ambik.

Belah malamnya plak, aku buat puding roti marble yang ditempah oleh kakak iparku & adiknya. Aku buat 2 perisa iaitu koko & strawberry. Aku start buat puding roti marble ni pun dah pukul 11 lebih. Sebelum tu aku tidur dulu sebab mengantuk yang teramat sangat. Tak sudahnya, aku siap buat puding tu dalam pukul 12 tengah malam.

Kat bhgn tnghnye tak cantik. Kena practise lg ni.

Perisa strawberry utk kakak ipar aku.

Perisa koko utk adik kepada kakak ipar aku.