Tuesday, March 10, 2009

Tempahan Kek

Pada 24hb & 26hb February aku terima tempahan kek dari jiran2 aku. Hahaha...tak sangka plak ada org yg nak tempah kek dari aku. Maklum le....kedai kek bersepah2 kat Puchong ni rasanya. Tp kat tempat aku ni tak de. Kebetulan jiran atas rumah aku ni pernah la rasa kek yg aku bagi masa aku gi belajar dengan K. Ayu (Loveliana). So, dia tahu la yg aku ni tau buat kek (walaupun aku bukannya lah pro sangat).

Jiran atas umah aku ni orang Sarawak & husbandnya orang Sabah. Ada 3 org anak. Dia tempah kek pada 24hb untuk 2 org anaknya yg sambut birthday dalam bulan February ni. Kiranya celebrate sekali la. Dia nak kek 1/2 kg berperisa strawberry. Katanya dia nak bunga2. So, macam ni lah hasilnya....Happy birthday buat Ezwan Ezany yg genap usianya 2 thn & abangnya Shahmeen yg berumur 7 thn.


Kemudian sorang lg yg tempah kek dari aku ialah Nita. Dia ni bekerja di kedai runcit bwh rumah aku. Nita ni berasal dari Indonesia. Dia nak buat surprise untuk husbandnya yg juga bekerja di sini. Kebetulan plak semasa jiran atas umah aku tempah kek tu, kat kedai tempat dia bekerja. Tu yg dia pun tempah sekali.

Nita kata dia nak kek kecik, berperisa strawberry, tulis nombor 37 atas kek, buat bunga2 & letak bentuk love kecik2. Aku pun buat la kek 4 segi & ikut seperti yg dia nak. Cuma aku tambahkan ayat 'Happy Birthday To You My Dear' kat tepi kek. Hahaha.... memandai je aku menambah. Masa aku hantar kek tu kat dia, punyalah dia melompat. Suka sbb betul2 ikut spesifikasi yg dia bg.

Sayangnya disebabkan terlalu busy & masa tu plak hari hujan & ribut, aku terus lupa nak snap dulu gambar keknya. So, tak dptlah aku nak tunjukkan gambar kek yg aku buat untuk Nita.

No comments: