Wednesday, January 7, 2009

Kek

Dari cuba2 buat kuih, aku terjebak dgn kek plak. Aku ni sebenarnya memang tak reti buat kek. Tp aku selalu berangan nak buat kek yg mcm kat kedai tu. Lembut & gebus. Tapi apakan daya....selalunya kek aku memang tak blh nak jadi mcm kat kedai tu. Bila aku dah berkenalan dgn Myresipi, aku tanam azam utk mencuba buat kek. Ternyata usaha & azam aku tu berbaloi. Maka terhasil lah kek2 yg....kalau tak setanding kek kat kedai tu, at least blh la dijual. Hehehe...

So, ni la antara kek2 yg pernah aku buat.


Marble Cake


Kek Pisang


Chocolate cake


Blueberry cupcake


Apple Cake


Orange Sponge Cake


Pandan Sponge Cake


Strawberry Cake


Slice Cheese Cake

Tuesday, January 6, 2009

Main masak2.

Sebenarnya aku ni memang 'kureng' bab masak2 ni. Sblm kawin mak suruh bljr, selalu ngelat. Hehehe...lps kawin, bila tak tau msk, aku call je mak aku tanya resepi. Sesambil tanya khabar, selit2 la soalan 'mak, mcmana nak masak .....?' Tp kekadang tu kena gak dgn mak aku. Jwpn dia nanti, 'ha tu la. Dulu aku suruh bljr masak, ko malas'. Tp dia bg gak resepinye. Tapi 'kekurengan' aku dlm bab masak2 ni tak la sampai hubby aku kebulur. Tapi lama kelamaan, kira pandai gak la. Cuma tak setanding je mcm mak aku masak.

Aku pernah cuba buat kuih muih tradisional mcm kuih seri muka, cucur udang, kuih lapis. Tapi memanjang tak jadi. Ntah mana silapnye aku pun tak tau. Mungkin aku ikut resepi yg tak betul atau memang masa tu tangan aku ni tak berbakat. Bila dah 2-3 kali buat asyik tak jadi, aku pun kuburkan je hasrat nak buat kuih tu. Bila rasa nak mkn, aku gi beli je. Kan senang....tak penat, dapur pun tak kotor.

Bila aku tercampak kat Chennai, aku mengasah bakat aku dlm bidang masak2 ni especially dlm membuat kuih muih tradisional & membuat kek. Bukannya apa....kat sana mana nak dpt kuih muih tradisional kita. Jadi, kena la bljr. Dr situ lah aku mula berkenalan dgn Myresipi. Seronok sbb mcm2 resepi yg ada. Semuanya di hujung jari anda. Hehehe.... & yg paling best, bila aku buat tu, selalunye memang menjadi.

Meh layan gambar hasil dr main masak2 aku setakat ni. Semua resepi aku ambik kat Myresepi.

Kuih Getas - my favourite!!!! Tp sira gulanye kurang menjadi.


Kuih bakar - yg ni memang selalu buat.

Kuih lapis - akhirnya berjaya gak buat kuih lapis...
Tepung gomak - yummy!!!


Roti jala - mkn dgn kari ayam


Kuih gulung


Karipap - my hubby's favourite. Mkn karipap hari2 pun tak pe.


Fishball - bila blk Malaysia dah tak pernah buat sbb kat sini ikan tenggiri mahal giler. Lagipun kat kedai melambak ada jual fishball.


Donut - ni kes org malas buat donut. Cuma bulat2 kan je. Janji sedap.


Mushroom soup - mkn dgn roti pun sodap.


Cream puff - resepi Yani


1st time aku buat dadih. Mcm2 perisa plak tu.

Agar2 rambutan & pulasan - nak habiskan stock buah pulasan & rambutan masa musim buah ari tu.

Monday, January 5, 2009

Aari & Zardosi Project

Disebabkan aku bljr aari & zardosi ni kat school of embroidery, so utk layak mendptkan sijil aku kena buat 8 projek. Actually masa aku dah nak dekat habis bljr zardosi, aku disahkan mengandung anak ke-2. So, aku ada excuse utk hantar projek aku lmbt. Aku hantar projek ni pun lps aku bersalin & dah dekat nak blk Malaysia. Hehehe...kiranya panjang la masa aku nak menyiapkan projek aku tu.

Ni lah projek2 yg telah aku siapkan.

Wall hanging - zardosi


Wall hanging - aari


Baju kanak2 perempuan


Baju mengandung - bhgn dada & hujung tangan

Baju mengandung - bhgn dada


Sarung kusyen


Bag - gambar penuh & close-up bhgn embroidery
Sarung kotak tisu - pandangan dr atas & sisi

Sunday, January 4, 2009

Aari & Zardosi

Semasa di Chennai juga, aku bljr aari & zardosi (sulam benang & manik yg popular di India). Menurut cerita, pd zaman dulu kala, aari & zardosi ni hanya dijahit pada pakaian Maharaja. Mereka juga menggunakan benang emas. Tapi skrg ni tak yah jadi raja pun dah blh pakai pakaian yg dijahit dgn aari & zardosi. Aku bljr aari & zardosi ni dlm masa lbh kurang 2 bln. Masa aku bljr tu, cuma aku sorang je warga asing. Yg lain sume warga tempatan. Sampaikan makcik2 yg dah tua pun bljr sama. Cikgu yg mengajar plak, kami panggil 'master'. Sebenarnya, cikgu aku tu lelaki. Tapi, kalau korang tngk dia buat aari & zardosi ni....pergh....rasa nak pinjam je tangan dia tu. Dekat sana memang kebanyakan yg buat aari & zardosi ni lelaki.


Aari - sulaman benang


Zardosi - sulaman manik


Antara peralatan yg digunakan adalah seperti berikut :

Jarum - Single thread (atas), double thread (tngh), manik & labuci (bwh)


Benang - khas utk machine embroidery.

Zari Thread - koleksi zari thread. Utk dptkn sulaman yg agak berkilat.

Manik & Labuci - Antara koleksi manik & labuci yg sempat diborong di Chennai, India.
Ada beberapa lagi peralatan yg digunakan. Tapi tak sempat nak ambik gambar. Nanti bila ada kesempatan, aku letak gambarnya kat sini.

Friday, January 2, 2009

Crafts

Semasa di Chennai, aku ambik kesempatan utk bljr crafts. Mungkin sbb aku memang minat dgn benda2 seni ni, jadi aku rebut peluang yg ada utk menambahkan ilmu. Tapi yg herannya aku tak plak minat nak bljr oil painting. Maybe sbb aku ni memang 'kureng' bab2 melukis kot. Tapi tak plak bermakna aku lukis org jadi mcm org lidi. Cuma mungkin rupa org tu jadi tak semenggah la. Hehehe...

Tanjore Painting - crafts yg memang famous kat India. Kalau yg mcm ni diorg jual sampai beratus2. Just because of the stone & gold paper.

Soft Toys - lion ni tak de mulut. Hehehe...lupa nak taruk. Kalau tngk rupa lion ni skrg....hitam legam. Muahaha...

Nib Painting - guna oil colour. Tapi kalau tngk dekat2 mcm sulam benang.

Stained Glass Painting

Crystal Glass Painting


Glass Etching


Ceramic Works - suka sangat buat tmpt gantung kunci tu. Ada gak gunanya..

Reverse Glass Painting

Tiles Painting

Ada lg yg aku bljr tp tak sempat nak ambik gambar hasilnya. Bunga sabun & lilin dah hancur masa aku pindah umah kat Chennai dulu. Fabric painting & one stroke painting plak, ntah mana2 aku letakkan kainnya. Nanti kalau aku jumpa, aku letak gambarnya kat sini.


Ilmu Ada Di Mana2.

Pepatah mengatakan 'Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China'. Tapi aku ni tuntut ilmu sampai kat India je. Hehehe....teringat kat sorang kwn cyber. Hantar email kat dia kengkonon nak bljr jahit manik yg memang tngh hangat kat pasaran (memang nak bljr. Cuma masa je yg blm mengizinkan). Bila aku bgtau aku masa tu dok kat India, dia ingat aku bljr nak jadi doktor. Muahaha....mkn ubat pun penakut.

Aku tak lpskan peluang utk timba ilmu kat sana. Kebetulan kat sana memang mudah nak gi bljr crafts sume ni. Melambak2 surirumah yg buat kelas ajar crafts. Kita cuma perlu pilih tmpt & org yg betul2 sesuai je. Walaupun bkn dlm bidang akedemik, tapi aku rasa, jiwa aku sesuai sangat bljr benda2 tu. Benda pertama yg aku bljr kat sana, hand embroidery (sulam tangan le tu). Sblm aku gi Chennai, memang aku dah beli buku Sulaman Klasik by Mariam Abu Bakar. Tapi buku tu terperap je sbb aku tak tau nak mula mcmana. Tak nmpk gambaran. Tp lps aku gi kelas tu, baru aku tau mcmana nak jadikan sume tu menarik.

Kemudian aku gi bljr crafts2 yg lain seperti candle making, Tanjore painting, soft toys making, soap flowers, nib painting, fabric painting, one stroke painting, stained glass painting, crystal glass painting, glass etching, ceramic works, reverse glass painting, tiles painting & akhir sekali aku bljr aari & zardosi (sulam manik India). Tp dlm banyak2 benda yg aku bljr, aari & zardosi paling mencabar. Nak tau kenapa? Cikgu yg mengajar aku tu tak pandai ckp omputih. Dia tau ckp Tamil je. Sume org heran mcmana aku blh bljr benda tu. Siap dpt sijil lg. Hehehe....

Haaa....sume tu terletak pd kemahuan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jln. Sebenarnya aku bljr gak sikit2 bhs Tamil dr kengkawan India aku kat sana. Dgn auto driver pun aku bljr gak. Kiranya aku hantam la aku punye 'broken Tamil'. Janji cikgu aku tu blh faham apa yg aku ckp & aku pun blh faham apa yg dia ckp. Utk aari & zardosi ni aku ambik masa lbh kurang 2 bln utk bljr. Tapi kelasnye bukan lah hari2 & dlm sehari aku gi utk tempoh masa 3-4 jam.








Inilah rupa autorickshaw yg menjadi kenderaan rasmi aku masa nak gi merayau kat Chennai. Tp yg ni replika je le. Kalau dpt driver yg bwk gila2, memang seram. Apa taknye...silap2 haribulan blh tercampak keluar. Dia bukannya ada pintu.

Thursday, January 1, 2009

Chennai, India

28hb November 2004 kami sekeluarga (me, my hubby & son, Iskandar) telah berpindah ke Chennai, India kerana hubby aku telah dihantar ke sana sebagai Assistant Trade Commisioner di Chennai. Mcm2 perasaan ada. Happy sbb dpt tngk tmpt org tapi dlm masa yg sama sedih gak sbb kena berjauhan dr family. Kalau tambang setakat dua tiga ratus tak pe gak. Blh gak selalu blk. Tapi kalau nak menjangkau ribu tu....mintak mangap la.

Mula2 sampai tu kira ok la. Tapi tergezut pun banyak sbb tngk keadaan negara dia yg 'agak padat' & kebersihan yg memang jauh la dr tahap ISO. Hehehe....Yg seronoknya kat Chennai ni ialah bab2 shopping. Kain2 & brg2 jahit sume murah. Makin seronok la aku menjahit. Bayangkan benang yg kat sini RM0.80 (sblm aku gi sana la), kat sana dlm RM0.20 je. Sikit punya murah daaaa.... So, sblm aku blk M'sia for good ari tu, aku borong benang mcm org nak berniaga. Hahaha...bekalan utk masa hadapan. Skrg ni aku dah tak payah nak beli benang lg. Blh sampai ke anak cucu kot.

Ni lah koleksi benang yg aku beli kat Chennai sblm blk M'sia ari tu. Bnyk lg benang2 lain yg aku beli especially utk embroidery. Nanti aku tayang lg.

Kat Chennai, selain drpd aktiviti shopping2, aku jugak kena masak2. Sbb kat sana selalu buat 'pot luck'. Aku rasa sapa yg dok oversea (especially yg relate dgn embassy or consulate), pot luck ni merupakan aktiviti wajib. Makan sesaje kejenye. Drpd sini lah aku mengasah bakat dlm main masak2 ni especially buat kuih & kek. Ye la, kat M'sia ni kalau teringin nak makan apa2, gi tunjuk je dah dpt mkn. Kat sana nak tunjuk kan hape. Setakat vadeh, puri, cappati, tose blh la. Jadinye kena la buat sendiri. Kat sana aku antara org yg selalu buat kuih. Blh jadi tauke kuih. Sampaikan budak2 yg bljr kat sana suruh aku bukak payung kat dpn restoran Pelita Nasi Kandar jual kuih. Tak kuasa aku!

Dan kat Chennai jugak lah aku bljr embroidery, craft spt glass painting, nib painting, candle making & mcm2 lg. Entry akan dtg aku akan tunjukkan hasil seni aku. Chewah!!!!

Sepanjang Pembabitan Aku Dgn Aktiviti Menjahit

Actually masa kat sklh menengah dulu, memang ada diajar menjahit ni dlm subject Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Tp biasa lah...kalau dah namanya matapelajaran memang le minat tu tak seberapa. Tapi ntah kenapa bila dah habis sklh minat menjahit tu tiba2 je dtg. Mungkin sbb dok tngk kakak aku menjahit kot. Masa tu timbul lah keinginan nak buat baju sendiri.

So, masa kat ITM Segamat, roommate aku Kak Kojai (Nama dia Huzaimah. Tapi dulu org panggil dia 'coach' Jai sbb dia ajar netball masa sklh dulu kalau tak silap aku. So, cuba korang sebut 'coach' Jai banyak2 kali. Tak ke Kojai jadinye. Hehehe...) Dia la mula2 ajar aku mcmana nak buat baju kurung. Tapi masa tu dia ajar aku potong kain je. Ye la, nak menjahit mana ada mesin jahit kat ITM Segamat tu. Mesin kira2 ada la.

Bila aku dah grad dr ITM, aku keje jap kat kilang. Masa tu aku menganggur 15 hari je. 1st interview terus diterima bekerja sbg kerani. Masa tu kerani cabuk je. Aku tak berani nak buat keje2 account ni. Tapi aku keje situ dlm 6 bln je. Sbbnye...aku gaduh dgn tauke kilang tu. Muahaha....ganaz tu. Slps tu bermula la episod hidup aku sbg 'penanam anggur' yg berjaya.

Tapi aku ni bkn le 'tanam anggur' sesaja. Sambil2 tu aku bukak kedai stationary sbb kedai tu dikelilingi oleh sklh. kat dpn dia ada sklh rendah & blkg dia ada sklh rendah agama & sekolah tadika KEMAS. Business aku tu kira blh tanggung la diri aku sendiri. Hehehe....

Nak dijadikan cerita, kat bangunan KEMAS tu ada disediakan perpustakaan awam & kelas menjahit anjuran KEMAS. Bayarannya plak tak mahal. Sebulan cuma bayar RM5 je. Aku pun apa lagi....join la kelas tu. Masa tu memang best. Dgn kakak2 & makcik2 yg memang kepala gila2. Masa tu aku bljr buat baju kurung, baju kebaya & blouse. Tapi yg kelakarnye, baju blouse aku tu tak menjadi. Ntah kat mana silapnye aku pun tak tau. Rupa dah ada tapi aku rasa mcm tak sedap pakai. Makanya....terperap je la baju tu tanpa dipakai.

Slps dekat 2 thn aku 'tanam anggur', aku cuba nasib mintak keje kat kilang gak. Kali ni dpt jadi Accounts Clerk. Berguna jugak apa yg aku bljr. Kat sini thn lama sikit la. Dr Accounts Clerk aku jadi Accounts Assistant. Jadilah......Masa tu kiranya pegi keje pakai baju yg dijahit sendiri. Sapa tak bangga.

Bila dah kawin, aku keje kat KL. Tapi tak lama gak. Masa tu 'mabuk' buatan org teruk sangat. Sampai lembik bdn aku. Akhirnya aku ambik keputusan berenti keje (sebenarnya masa tu pun aku gaduh dgn Acc. Supervisor aku...memang jns tak blh keje bwh org aku ni). Lagi ligat la aku menjahit. Customer aku? Sapa lagi kalau bukan ipar duai aku. Hahaha.... untung gak. Diorg bagi aku RM50 utk 1 baju yg aku charge diorg masa tu dlm RM20 je.

Aku ingat lps anak aku lahir, aku nak keje semula. Tapi takdir Tuhan tak de sapa yg blh menolak. Anak aku lemas masa lahir & disebabkan tu, dia disahkan menghidap cerebral palsy (kerosakan tisu otak). Walau bagaimana pun, aku redha dgn ketentuan Tuhan. Mungkin ada hikmah di sblk sume tu. So, dr saat tu aku terus ambik keputusan utk jadi surirumahtangga sepenuh masa.

Panjang plak membebel. Ni gambar mesin yg amat berharga buat aku walaupun cap ayam je.


Mesin jahit brand Oshiyama. Beli kat M'sia. Walaupun cap ayam, tapi banyak berjasa selama 5 thn ni.


Mesin jahit tepi Jaguar. Beli kat Chennai, India. Ni pun banyak berjasa selama 3 thn ni.