Thursday, May 6, 2010

Happy Birthday Ateh!!!!

30hb April yg lps, adik lelaki aku menyambut hari lahirnya yg ke 28. Di kalangan anak buah, panggilannya Ateh. So, kami adik beradik pakat2 nak sambut birthday dia. Kebetulan plak, kakak aku memang ada kat sini sbb dia blk masa mengundi. Seperti biasa, aku tukang buat kek. Actually, abg aku pun sambut birthday dia dlm bln April gak. Tapi 10hb April. So, kami sambut sekali je la.

Kek kali ni agak mencabar bg aku yg sememangnya tak la professional ni. Disbbkan adik aku ni giler memancing, kami bercadang buat kek berbentuk ikan utk dia. Mula2 tu, ingat nak buat bentuk ikan menegak. Tapi mcm payah je. Hehehe...last2, aku buat kek 4 segi, pastu taruk kek bentuk ikan yg dicantum 2 kat atas kek 4 segi tu. Nasib baik la kakak ipar aku memang ada acuan bahulu berbentuk ikan.
Menu kami utk hari tu, makaroni, dadih perisa keladi, puding roti perisa keladi, kek & air nescafe. Tak de la bnyk sangat. Sekadar utk suka2 sambil mkn2 seisi keluarga. Hehehe...

Tuesday, February 2, 2010

Berkebun

Kalau tngk pd tajuk entry ni, mcm yo yo ooo je aku ni berkebun. Sebenarnya bukanlah berkebun. Setakat bercucuk tanam sikit2 je. Aku ni bukanlah peminat pokok2 bunga especially pokok bunga yg tak berbunga. Aku tak tau la kenapa. Mak, kakak & adik perempuan aku memang minat gak menanam pokok bunga. Especially bunga orkid. Aku sorang je yg tak minat. Kalau aku tnm mcm tak nak hidup je. Aku setakat minat tngk je.

Tapi kat umah aku ni ada gak la aku menanam. Tapi tanaman aku ni yg blh aku gunakan utk memasak. Hehehe... Setakat ni aku dah tanam pudina, kucai, kesum, pokok kunyit, pokok kari, pokok limau purut, pokok limau kasturi & pokok pandan. Hari tu ada gak tanam serai kat blkg umah. Tapi skrg ni dah dicabut sbb tngh buat renovation utk dapur. Yg lain2 tu aku tanam dlm pasu. Cuma serai je yg tanam atas tanah sbb mak aku yg tolong tanamkan. Dah banyak kali aku cuba tanam serai. Tapi tak pernah menjadi. Masa kat Chennai dulu, dr mula aku tanam 3 btg, lps setahun 3 btg tu jugak la yg ada. Ntah napa serai ni tak serasi dgn aku. Tu sbb aku suruh mak aku yg tanamkan.

Kucai



Kesum


Pudina

Pokok kucai tu aku dpt dr mak mertua aku. Kalau tngk dia punya pokok, memang geram. Gemuk2 je. Yg aku punya ni , dah sebulan lbh masih mcm tu gak. Maybe sbb tanah yg aku beli ni tak sesuai kot. Mak aku pun ckp mcm tu sbb tanah dia padat sangat. Akhirnya aku hantar kat mak aku utk tukar tanah & simpan sementara rumah aku tngh di renovate. Selain dr pokok kucai, aku hantar sekali pokok kesum & pudina utk di'tranformasi'kan. Hahaha...Lihat lah hasilnya slps di'transformasi'kan.



Pudina


Kesum


Kucai

Yg ni plak, pokok kari, limau purut & pandan. Serai tu plak, gambar masa mula2 ditanam. Sampai 2 rumpun mak aku tanam. Akhirnya sumenya kena gali.


Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas


Sebelum

Selepas

Serai

Kunyit

Dan inilah baja yg aku gunakan utk tanaman aku ni. Baja ni baja organik. 1 botol 100ml cuma 15 hengget je. Hehehe... promo la plak.

Yg paling aku seronok, bila tngk pokok limau kasturi aku ni. Pokok ni baru aku baru beli bln lps. Masa beli tu memang dah ada bunga sikit. Lps aku taruk baja alfa multi ni, bunga dia makin meriah. Bila sume bunga tu dah habis lps seminggu dua keluar lg sekali bunga sampai ke pangkal pokok. Hehehe...mentang2 lah nak dekat Chinese New Year.

Tuesday, January 26, 2010

Cuti2 : Bukit Merah

Disebabkan keadaan diri aku yg tak berapa sihat sblm ni, maka entry ni dok terperap je. Actually, kami gi bercuti ke Bukit Merah ni masa hari raya Aidilfitri thn lps. Kebetulan, hubby aku kampungnya di Selama & Beruas (mak bapak dia berasal dr Perak tapi dah lama menetap kat Puchong).

So, 4-5 bln sblm tu, hubby aku dah booking apartment 2 blk kat Bukit Merah Lake Town Resort. Kami bertolak pada hari raya ke-3. Selain drpd aku, hubby, Is & Abil, aku bawak sekali mak & adik perempuan aku. Saje bawak diorg bercuti. Merehatkan otak. Hehehe...

Nak dijadikan cerita, kat sana kami check in sama plak dgn family abg aku. Diorg pun nak blk kpg belah wife dia. Tak sangka plak blh jumpa diorg kat situ. Masa kami sampai tu, lbh kurang pkl 6 ptg. So, memang tak de apa2 aktiviti yg blh dibuat selain dr berehat & makan mlm.


Hari ke-2 barulah kami berkunjung ke rumah pakcik hubby di Beruas. Lps mkn tengahari kat sana, kami bertolak pulak ke Selama melawat datuk & opah hubby. Ptg dlm pkl 6 kami bertolak blk ke Bukit Merah Lake Town Resort.

Hari ke-3, belah pagi kami bawak Is & Abil ke kolam mandi kat bwh. Punya la seronok bebudak ni berendam. Is yg tak pandai apa2 pun punya la seronok. Tersengih memanjang. Apa lagi si Abil. Tak puas2 berendam. Bila ajak naik tak nak. Sampai menggigil2.



Hari ke-4 pulak, kami ronda2 sekitar Bukit Merah Lake Town Resort. Kami tak naik bot pun sbb memikirkan agak susah nak bwh Is. So, kami just pusing2 kat area yg ala2 mini zoo tu (aku tak ingat plak nama tmpt tu). Si Abil, mulutnya tak berenti bercakap. Asal jumpa pintu je dia bg salam.








Belah petangnya plak kami pegi ke rumah mak cik hubby di Hulu Sepetang. Yg kelakarnya, dia dgn confidentnya ckp umah makcik dia kat Kuala Sepetang. Bila kami dah sampai kat Kuala Sepetang, dia kata mcm tak pernah lalu je kawasan tu. Bila call mak dia tanya kat mana umah makcik dia tu, mak dia kata kat Hulu Sepetang. Bayangkanlah berapa jauh kami dah sesat. Dah la tu, dgn muka selamba dia kata sebenarnya dia nak bawak kami jenjalan tngk Kuala Sepetang.

Hari ke-5, kami bertolak balik ke Batang Kali. Seronok gak sekali sekala gi bercuti. Thn ni gi cari tmpt lain plak. Takkan la tiap2 thn nak gi tmpt yg sama je.


Wednesday, January 20, 2010

Selamat Tahun Baru 2010.

Masih blm terlambat rasanya utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kpd semua kengkawan. Dah berbulan2 blog aku ni terperap disebabkan keadaan diri aku yang tak mengizinkan. Alhamdulillah, skrg ni aku sedang mengandung anak ke-3. Dah 5 bln. Insyaallah, jika tak de aral melintang, hujung bln May nanti, kami akan menerima kedatangan org baru dlm keluarga kami.

Sepanjang aku mengandung ni, memang tahap kemalasan aku jadi luar biasa. Hehehe....Rumah ikut dan aku je bila nak mengemas. Kalau rasa rajin, maka bersih la umah aku. Kalau malas tu, faham2 aje le. Begitu jugak memasak. Sememangnya aku tak rajin nak masak beria2. Jadi, aku masak ala kadar aje.

Bagi yg bertanya tentang nozzle set tu, mintak mangap le bebanyak. Stock nye cuma akan sampai bln June atau July nanti. Kena tunggu kawan aku K.Fis balik for good. So, sesapa yg memang teringin sangat nak memiliki nozzle set tu, sila confirmkan order selewat2nya awal bln May. Yg ni kiranya pengambilan stock terakhir. Lps ni memang dah tak de peluang nak ambik stock lg.

Skrg ni aku tngh buat renovation kat blkg umah aku. Buat dapur & toilet yg senonoh sikit. Bukanlah maksud aku dapur & toilet skrg teruk sangat. Cuma kecik je. Brg dah la banyak. Tak sudahnya blk bwh terpaksa aku jadikan stor sementara.

Oklah. Nanti kita sambung lg citer. Tapi rasa2nya citer2 tentang masak2 & sulam2 tak banyak mana le buat sementara waktu ni. Tunggu aku bersalin dulu baru blh sambung.