Actually masa kat sklh menengah dulu, memang ada diajar menjahit ni dlm subject Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Tp biasa lah...kalau dah namanya matapelajaran memang le minat tu tak seberapa. Tapi ntah kenapa bila dah habis sklh minat menjahit tu tiba2 je dtg. Mungkin sbb dok tngk kakak aku menjahit kot. Masa tu timbul lah keinginan nak buat baju sendiri.
So, masa kat ITM Segamat, roommate aku Kak Kojai (Nama dia Huzaimah. Tapi dulu org panggil dia 'coach' Jai sbb dia ajar netball masa sklh dulu kalau tak silap aku. So, cuba korang sebut 'coach' Jai banyak2 kali. Tak ke Kojai jadinye. Hehehe...) Dia la mula2 ajar aku mcmana nak buat baju kurung. Tapi masa tu dia ajar aku potong kain je. Ye la, nak menjahit mana ada mesin jahit kat ITM Segamat tu. Mesin kira2 ada la.
Bila aku dah grad dr ITM, aku keje jap kat kilang. Masa tu aku menganggur 15 hari je. 1st interview terus diterima bekerja sbg kerani. Masa tu kerani cabuk je. Aku tak berani nak buat keje2 account ni. Tapi aku keje situ dlm 6 bln je. Sbbnye...aku gaduh dgn tauke kilang tu. Muahaha....ganaz tu. Slps tu bermula la episod hidup aku sbg 'penanam anggur' yg berjaya.
Tapi aku ni bkn le 'tanam anggur' sesaja. Sambil2 tu aku bukak kedai stationary sbb kedai tu dikelilingi oleh sklh. kat dpn dia ada sklh rendah & blkg dia ada sklh rendah agama & sekolah tadika KEMAS. Business aku tu kira blh tanggung la diri aku sendiri. Hehehe....
Nak dijadikan cerita, kat bangunan KEMAS tu ada disediakan perpustakaan awam & kelas menjahit anjuran KEMAS. Bayarannya plak tak mahal. Sebulan cuma bayar RM5 je. Aku pun apa lagi....join la kelas tu. Masa tu memang best. Dgn kakak2 & makcik2 yg memang kepala gila2. Masa tu aku bljr buat baju kurung, baju kebaya & blouse. Tapi yg kelakarnye, baju blouse aku tu tak menjadi. Ntah kat mana silapnye aku pun tak tau. Rupa dah ada tapi aku rasa mcm tak sedap pakai. Makanya....terperap je la baju tu tanpa dipakai.
Slps dekat 2 thn aku 'tanam anggur', aku cuba nasib mintak keje kat kilang gak. Kali ni dpt jadi Accounts Clerk. Berguna jugak apa yg aku bljr. Kat sini thn lama sikit la. Dr Accounts Clerk aku jadi Accounts Assistant. Jadilah......Masa tu kiranya pegi keje pakai baju yg dijahit sendiri. Sapa tak bangga.
Bila dah kawin, aku keje kat KL. Tapi tak lama gak. Masa tu 'mabuk' buatan org teruk sangat. Sampai lembik bdn aku. Akhirnya aku ambik keputusan berenti keje (sebenarnya masa tu pun aku gaduh dgn Acc. Supervisor aku...memang jns tak blh keje bwh org aku ni). Lagi ligat la aku menjahit. Customer aku? Sapa lagi kalau bukan ipar duai aku. Hahaha.... untung gak. Diorg bagi aku RM50 utk 1 baju yg aku charge diorg masa tu dlm RM20 je.
Aku ingat lps anak aku lahir, aku nak keje semula. Tapi takdir Tuhan tak de sapa yg blh menolak. Anak aku lemas masa lahir & disebabkan tu, dia disahkan menghidap cerebral palsy (kerosakan tisu otak). Walau bagaimana pun, aku redha dgn ketentuan Tuhan. Mungkin ada hikmah di sblk sume tu. So, dr saat tu aku terus ambik keputusan utk jadi surirumahtangga sepenuh masa.
Panjang plak membebel. Ni gambar mesin yg amat berharga buat aku walaupun cap ayam je.
Mesin jahit brand Oshiyama. Beli kat M'sia. Walaupun cap ayam, tapi banyak berjasa selama 5 thn ni.
Mesin jahit tepi Jaguar. Beli kat Chennai, India. Ni pun banyak berjasa selama 3 thn ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment