Aku pernah cuba buat kuih muih tradisional mcm kuih seri muka, cucur udang, kuih lapis. Tapi memanjang tak jadi. Ntah mana silapnye aku pun tak tau. Mungkin aku ikut resepi yg tak betul atau memang masa tu tangan aku ni tak berbakat. Bila dah 2-3 kali buat asyik tak jadi, aku pun kuburkan je hasrat nak buat kuih tu. Bila rasa nak mkn, aku gi beli je. Kan senang....tak penat, dapur pun tak kotor.
Bila aku tercampak kat Chennai, aku mengasah bakat aku dlm bidang masak2 ni especially dlm membuat kuih muih tradisional & membuat kek. Bukannya apa....kat sana mana nak dpt kuih muih tradisional kita. Jadi, kena la bljr. Dr situ lah aku mula berkenalan dgn Myresipi. Seronok sbb mcm2 resepi yg ada. Semuanya di hujung jari anda. Hehehe.... & yg paling best, bila aku buat tu, selalunye memang menjadi.
Meh layan gambar hasil dr main masak2 aku setakat ni. Semua resepi aku ambik kat Myresepi.
Kuih lapis - akhirnya berjaya gak buat kuih lapis...
Tepung gomak - yummy!!!
Karipap - my hubby's favourite. Mkn karipap hari2 pun tak pe.
Fishball - bila blk Malaysia dah tak pernah buat sbb kat sini ikan tenggiri mahal giler. Lagipun kat kedai melambak ada jual fishball.
Donut - ni kes org malas buat donut. Cuma bulat2 kan je. Janji sedap.
Agar2 rambutan & pulasan - nak habiskan stock buah pulasan & rambutan masa musim buah ari tu.
No comments:
Post a Comment