Sunday, January 4, 2009

Aari & Zardosi

Semasa di Chennai juga, aku bljr aari & zardosi (sulam benang & manik yg popular di India). Menurut cerita, pd zaman dulu kala, aari & zardosi ni hanya dijahit pada pakaian Maharaja. Mereka juga menggunakan benang emas. Tapi skrg ni tak yah jadi raja pun dah blh pakai pakaian yg dijahit dgn aari & zardosi. Aku bljr aari & zardosi ni dlm masa lbh kurang 2 bln. Masa aku bljr tu, cuma aku sorang je warga asing. Yg lain sume warga tempatan. Sampaikan makcik2 yg dah tua pun bljr sama. Cikgu yg mengajar plak, kami panggil 'master'. Sebenarnya, cikgu aku tu lelaki. Tapi, kalau korang tngk dia buat aari & zardosi ni....pergh....rasa nak pinjam je tangan dia tu. Dekat sana memang kebanyakan yg buat aari & zardosi ni lelaki.


Aari - sulaman benang


Zardosi - sulaman manik


Antara peralatan yg digunakan adalah seperti berikut :

Jarum - Single thread (atas), double thread (tngh), manik & labuci (bwh)


Benang - khas utk machine embroidery.

Zari Thread - koleksi zari thread. Utk dptkn sulaman yg agak berkilat.

Manik & Labuci - Antara koleksi manik & labuci yg sempat diborong di Chennai, India.
Ada beberapa lagi peralatan yg digunakan. Tapi tak sempat nak ambik gambar. Nanti bila ada kesempatan, aku letak gambarnya kat sini.

No comments: