Thursday, January 8, 2009

Project Hari Rabu

Smlm aku buat soto ayam. Dah lama rasanya tak buat soto ayam ni. Selalunya aku buat soto ayam yg simple2 je. Just celur bihun, buat kuah, rebus nasi himpit, kuah kicap & bhn2 hiasan. Tapi semalam aku buat soto ayam siap dgn begedil & kacang goreng. Aku suka soto ayam ni sbb bila makan taugeh yg mentah tu, terasa kerangupannya.

Masa kat Chennai dulu, aku cuma buat soto ayam kalau ada taugeh. Kalau tak de, jgn harap aku nak buat. Kat sana memang susah nak jumpa taugeh mcm yg kat Malaysia ni. Dia cuma ada kacang yg baru keluar ekor nak jadi taugeh. Disebabkan susah sangat nak jumpa taugeh kat sana, aku pernah buat projek tanam taugeh. Siap dpt tempahan lg dr kengkawan. So, jadilah aku tokey taugeh sekejap. Muahahaha....

Ni aku copy paste je resepinye. Dari Myresepi aku edit masuk dlm Microsoft Word sbg simpanan & rujukan aku.




SOTO AYAM – oleh : Maya_zakry

Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI
  • B.merah, b.putih, halia - di tumbuk/blend
  • Nasi impit ADABI - rebus
  • Suhun - digoreng (atau guna bihun celur)

Hiasan :

  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun Sup
  • Taugeh
  • Cili merah/hijau

Bahan kicap :

  • 20 bj cili padi (aku guna cili api yg besar sikit tu, dlm 10 bj)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

1. Buka sup bunjut & kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lbh rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.

2. Tumis bwg merah, bwg putih, halia sehingga kuning & naik bau. Kmdn mskkn air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka mskkn kentang & tetulang ayam. Kuah soto siap. (Jangan lupa masukkan sup bunjut yg tlh ditumbuk td.)

3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.

4. Slps goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.

5. Utk kicap pula, kisar semua bhn kicap & ratakan.

6. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yg tlh digoreng/bihun dgn bergedilnya.

7. Hiaslah soto dgn carikkan ayam di atasnya bersama2 bwg goreng, daun bwg, daun sup, taugeh & cili merah/hijau.



BEGEDIL DAGING CINCANG – oleh ratnamurniwati

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly (aku guna 2 kpg daging burger je)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

1. kentang dipotong & digoreng hingga garing.

2. Stlh garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.

3. kmdn ambil daging cincang & gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.

4. setelah itu mskkn daun sup, bawang goreng, lada sulah & garam.

5. gaul hingga semua bhn sebati. Kmdn ambil sedikit & bulat2kan dgn saiz sederhana.

6. akhir sekali, celupkan dlm telur & goreng.



Kononnya lps tu nak buat roti jala. Kuah kari ayam kelmarin ada lg. Aku pun buat la setengah adunan. Kalau buat 1 adunan rasanya banyak sangat. Bila adunan dah siap, aku tinggalkan dulu utk buat keje lain. Bila dah penat, tetiba penyakit malas tu dtg plak. So, aku terus simpan & menjala pg tadi.

Aku selalu guna resepi ni utk buat kuih jala. Kari ayam tu, mcm biasa lah....ikut main campak2 aku je. Tu pun kari ayam nye dah jadi cair sbb aku tambah air. Hehehe...tak kisah la. Nak isi perut aku je.




ROTI JALA - oleh: lynn

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • ½ camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.

2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.

5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.







No comments: