Sunday, July 26, 2009

Kek Pooh

Semalam jiran sebelah umah aku tempah kek untuk birthday anak sulungnya Akmal. Sebenarnya, jiran aku ni belum duduk sepenuhnya kat sini. Cuma suaminye aje yang dok kat sini. Isterinya (Ida) & 2 orang anak mereka dok kat Bentong, Pahang. Kira sempadan je la. Dia kata tak jauh, dalam 1 jam perjalanan je kalau ikut Genting Highland. Bila ada masa dia akan turun Batang Kali. Kalau tak, suami dia yang akan balik ke Bentong. Ida ni dah 6 tahun mintak tukar ke sini. Tapi tak dapat2 jugak lagi.


Ida tempah chocolate sponge cake untuk celebrate birthday Akmal hari ni. Dia nak buat jamuan makan2 untuk anak2 saudara belah suaminye belah petang. So, dari pagi aku dok sibuk kat dapur. Untuk lunch pun aku just masak nasi goreng. Lagi pun hari ni pasar malam. Tak yah beria2 nak masak untuk lunch. Ala kadar je. Hehehe...


Aku buat kek berukuran 11 x 11 inci & aku buatkan gambar pooh kat atas kek tu. Actually, gambar pooh tu aku ambil dari gambar kat baju tidur Is. Memang dah lama aku 'terberkenan' kat gambar pooh tu. Aku gunakan teknik buttercream transfer & aku warnakan dengan menggunakan jelly.



Akhirnya, beginilah hasil deco aku untuk kek birthday Akmal. Untuk Akmal, selamat hari lahir yang ke 4 dan semoga menjadi anak yang soleh. Amiiiiiiiiiiinnnnnnn...

7 comments:

umi_e said...

wahhhhhhhhhhhhhh cantiklah foeza!

umi_e said...

fieza* hehehehehehe (biasalah silap taip)

Fieza said...

Thanks k.e. Shampai tershashul shebut nama kita Foeza. Tu la, msk umah org pepagi buta masa org tngh tido. Hehehe....

Chik Mi said...

Fiezaaaaaa cantiknya ,hihihihi awak sihat ke dah lama tak jengah awak kat cni

Fieza said...

Tima kasih k.mimi. Kita sihat je. Skrg busy sikit sbb tengah planning nak buat kelas kraf.

Rabiatun said...

cantiknyer Fieza, mmg jadi ler rupa cik pooh nie..nnt tunjukkan saya yer camner nak buat.tq

Fieza said...

Thanks CIk Tun. Guna teknik buttercream transfer je. Tu sbb memang menjadi 'Pooh' nye. Kalau lukis sendiri mau jadi 'Perghhhh'. Hahaha...