Sunday, August 2, 2009

Baju Tidur

Kali ni aku nak tunjukkan gambar baju tidur yang aku jahit. Actually baju tidur ni ditempah oleh jiran sebelah kedai abang aku. Mula2 dia nak suruh aku jahitkan bag untuk isi barang2 baby. Bila aku bawak kain dan tunjukkan pada dia, dia berkenan sesangat kat kain warna pink ni dan suruh aku jahitkan baju tidur untuk dia. Disebabkan dia tengah mengandung, dia minta aku supaya letakkan tali je supaya senang dia nak adjust.



Baju siap ada poket lagi. Hahaha...
Baju ni kain dia memang lembut. Kain ni aku beli kat Chennai. Murah je. Kalau tak silap aku semeter dalam 2 atau 3 ringgit. Rugi plak rasanya aku tak beli banyak. Kononnya beli untuk buat sarung bantal atau baju bebudak ni. Tapi disebabkan warnanya pink, aku simpan je la dulu kot2 la dapat anak pompuan. Hehehe...

4 comments:

Anonymous said...

tulong jahitkan sy satu kak ..hehhee

Fieza said...

Ko nak aku jahitkan, meh la dtg umah. Kalau tak mcmana aku nak ambik ukuran. Tapi tunggu lps raya. Sblm raya, bz memanjang. Hehehe...

sue78 said...

salam..boleh tunjukkan cara nak jahit kun tak? sy try jahit kat bahagian leher tp tak cantik la...

Fieza said...

Sue,akak pun bukanlah pandai sangat. Tapi apa yg akak buat, mula2 jahit kun & baju (kun tu kan berlipat tepi dia. Bukak, samakan dgn tepi kain betul bertemu betul & jahit ikut tanda garisan kat kun tu). Lps tu, lipatkan kun tu ke sblh dlm kain & jahit. Faham tak? Akak ni tak berapa reti nak bg penerangan. Seeloknya, Sue tngk sendiri mcmana org jahit. Lg senang nak faham. Maaf kalau penerangan akak ni buat Sue lg confuse. Hehehe...