Tuesday, January 26, 2010

Cuti2 : Bukit Merah

Disebabkan keadaan diri aku yg tak berapa sihat sblm ni, maka entry ni dok terperap je. Actually, kami gi bercuti ke Bukit Merah ni masa hari raya Aidilfitri thn lps. Kebetulan, hubby aku kampungnya di Selama & Beruas (mak bapak dia berasal dr Perak tapi dah lama menetap kat Puchong).

So, 4-5 bln sblm tu, hubby aku dah booking apartment 2 blk kat Bukit Merah Lake Town Resort. Kami bertolak pada hari raya ke-3. Selain drpd aku, hubby, Is & Abil, aku bawak sekali mak & adik perempuan aku. Saje bawak diorg bercuti. Merehatkan otak. Hehehe...

Nak dijadikan cerita, kat sana kami check in sama plak dgn family abg aku. Diorg pun nak blk kpg belah wife dia. Tak sangka plak blh jumpa diorg kat situ. Masa kami sampai tu, lbh kurang pkl 6 ptg. So, memang tak de apa2 aktiviti yg blh dibuat selain dr berehat & makan mlm.


Hari ke-2 barulah kami berkunjung ke rumah pakcik hubby di Beruas. Lps mkn tengahari kat sana, kami bertolak pulak ke Selama melawat datuk & opah hubby. Ptg dlm pkl 6 kami bertolak blk ke Bukit Merah Lake Town Resort.

Hari ke-3, belah pagi kami bawak Is & Abil ke kolam mandi kat bwh. Punya la seronok bebudak ni berendam. Is yg tak pandai apa2 pun punya la seronok. Tersengih memanjang. Apa lagi si Abil. Tak puas2 berendam. Bila ajak naik tak nak. Sampai menggigil2.



Hari ke-4 pulak, kami ronda2 sekitar Bukit Merah Lake Town Resort. Kami tak naik bot pun sbb memikirkan agak susah nak bwh Is. So, kami just pusing2 kat area yg ala2 mini zoo tu (aku tak ingat plak nama tmpt tu). Si Abil, mulutnya tak berenti bercakap. Asal jumpa pintu je dia bg salam.








Belah petangnya plak kami pegi ke rumah mak cik hubby di Hulu Sepetang. Yg kelakarnya, dia dgn confidentnya ckp umah makcik dia kat Kuala Sepetang. Bila kami dah sampai kat Kuala Sepetang, dia kata mcm tak pernah lalu je kawasan tu. Bila call mak dia tanya kat mana umah makcik dia tu, mak dia kata kat Hulu Sepetang. Bayangkanlah berapa jauh kami dah sesat. Dah la tu, dgn muka selamba dia kata sebenarnya dia nak bawak kami jenjalan tngk Kuala Sepetang.

Hari ke-5, kami bertolak balik ke Batang Kali. Seronok gak sekali sekala gi bercuti. Thn ni gi cari tmpt lain plak. Takkan la tiap2 thn nak gi tmpt yg sama je.


No comments: