Tuesday, February 2, 2010

Berkebun

Kalau tngk pd tajuk entry ni, mcm yo yo ooo je aku ni berkebun. Sebenarnya bukanlah berkebun. Setakat bercucuk tanam sikit2 je. Aku ni bukanlah peminat pokok2 bunga especially pokok bunga yg tak berbunga. Aku tak tau la kenapa. Mak, kakak & adik perempuan aku memang minat gak menanam pokok bunga. Especially bunga orkid. Aku sorang je yg tak minat. Kalau aku tnm mcm tak nak hidup je. Aku setakat minat tngk je.

Tapi kat umah aku ni ada gak la aku menanam. Tapi tanaman aku ni yg blh aku gunakan utk memasak. Hehehe... Setakat ni aku dah tanam pudina, kucai, kesum, pokok kunyit, pokok kari, pokok limau purut, pokok limau kasturi & pokok pandan. Hari tu ada gak tanam serai kat blkg umah. Tapi skrg ni dah dicabut sbb tngh buat renovation utk dapur. Yg lain2 tu aku tanam dlm pasu. Cuma serai je yg tanam atas tanah sbb mak aku yg tolong tanamkan. Dah banyak kali aku cuba tanam serai. Tapi tak pernah menjadi. Masa kat Chennai dulu, dr mula aku tanam 3 btg, lps setahun 3 btg tu jugak la yg ada. Ntah napa serai ni tak serasi dgn aku. Tu sbb aku suruh mak aku yg tanamkan.

Kucai



Kesum


Pudina

Pokok kucai tu aku dpt dr mak mertua aku. Kalau tngk dia punya pokok, memang geram. Gemuk2 je. Yg aku punya ni , dah sebulan lbh masih mcm tu gak. Maybe sbb tanah yg aku beli ni tak sesuai kot. Mak aku pun ckp mcm tu sbb tanah dia padat sangat. Akhirnya aku hantar kat mak aku utk tukar tanah & simpan sementara rumah aku tngh di renovate. Selain dr pokok kucai, aku hantar sekali pokok kesum & pudina utk di'tranformasi'kan. Hahaha...Lihat lah hasilnya slps di'transformasi'kan.



Pudina


Kesum


Kucai

Yg ni plak, pokok kari, limau purut & pandan. Serai tu plak, gambar masa mula2 ditanam. Sampai 2 rumpun mak aku tanam. Akhirnya sumenya kena gali.


Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas


Sebelum

Selepas

Serai

Kunyit

Dan inilah baja yg aku gunakan utk tanaman aku ni. Baja ni baja organik. 1 botol 100ml cuma 15 hengget je. Hehehe... promo la plak.

Yg paling aku seronok, bila tngk pokok limau kasturi aku ni. Pokok ni baru aku baru beli bln lps. Masa beli tu memang dah ada bunga sikit. Lps aku taruk baja alfa multi ni, bunga dia makin meriah. Bila sume bunga tu dah habis lps seminggu dua keluar lg sekali bunga sampai ke pangkal pokok. Hehehe...mentang2 lah nak dekat Chinese New Year.

No comments: