Wednesday, January 20, 2010

Selamat Tahun Baru 2010.

Masih blm terlambat rasanya utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kpd semua kengkawan. Dah berbulan2 blog aku ni terperap disebabkan keadaan diri aku yang tak mengizinkan. Alhamdulillah, skrg ni aku sedang mengandung anak ke-3. Dah 5 bln. Insyaallah, jika tak de aral melintang, hujung bln May nanti, kami akan menerima kedatangan org baru dlm keluarga kami.

Sepanjang aku mengandung ni, memang tahap kemalasan aku jadi luar biasa. Hehehe....Rumah ikut dan aku je bila nak mengemas. Kalau rasa rajin, maka bersih la umah aku. Kalau malas tu, faham2 aje le. Begitu jugak memasak. Sememangnya aku tak rajin nak masak beria2. Jadi, aku masak ala kadar aje.

Bagi yg bertanya tentang nozzle set tu, mintak mangap le bebanyak. Stock nye cuma akan sampai bln June atau July nanti. Kena tunggu kawan aku K.Fis balik for good. So, sesapa yg memang teringin sangat nak memiliki nozzle set tu, sila confirmkan order selewat2nya awal bln May. Yg ni kiranya pengambilan stock terakhir. Lps ni memang dah tak de peluang nak ambik stock lg.

Skrg ni aku tngh buat renovation kat blkg umah aku. Buat dapur & toilet yg senonoh sikit. Bukanlah maksud aku dapur & toilet skrg teruk sangat. Cuma kecik je. Brg dah la banyak. Tak sudahnya blk bwh terpaksa aku jadikan stor sementara.

Oklah. Nanti kita sambung lg citer. Tapi rasa2nya citer2 tentang masak2 & sulam2 tak banyak mana le buat sementara waktu ni. Tunggu aku bersalin dulu baru blh sambung.

No comments: