Tuesday, January 27, 2009
Sambutan Birthday Mak
Bersempena dgn birthday mak aku ni, seperti biasa aku lah yg ambik tugas membuat kek. Kali ni aku buat vanilla cake. Kebetulan pekerja kakak ipar yg bernama Kak Ana order kek juga. Dia tak kisah kek apa tapi dia nak kek berinti. Mula2 puas la aku fikir apa la kek berinti tu. Rupanya dia ckp anak2 dia suka kek yg taruk filling kat tngh dia mcm strawberry filling atau blueberry filling ke. So, aku buat kan la vanilla cake & letak blueberry filling kat tngh2 nye.
Selain drpd vanilla cake, aku sumbangkan jugak puding lapis pandan. Kakak aku plak, tangkap contract buat laksa Johor. Mak aku buat agar2 lumut. Selain drpd tu, kakak aku order 20 biji fruit tart kat kedai. Para jemputan....setakat kami sekeluarga, jiran blkg umah merangkap makcik kpd hubby aku & jiran sblh rumah.
Thursday, January 22, 2009
Driving Course
Setelah berhempas pulas buat soalan yg 500 tu (tak de lah susah sangat sbb kat bhgn bwhnye, jwpn dah disediakan. Hahaha...), akhirnya smlm aku berjaya gak menjawab soalan ujian berkomputer. Dpt la 48/50. Kira blh dibanggakan jugak la. Hehehe...
Lps ujian berkomputer tu, aku terus msk kelas teori & amali selama 6 jam. Sehari suntuk aku kluar. Anak2 terpaksa aku tinggalkan dgn mak mertua aku. Apa nak buat....Pg tu aku keluar pkl 8 pg, blk pkl 6.30 ptg. Sblm blk, aku beli la rojak mamak 3 bungkus. At least ada gak buah tangan yg aku bwk blk utk mertua aku. Baru lah jadi menantu, bukan menghantu.
Lps ni, aku akan mula bljr memandu. Seronok ada, takut pun ada. Ye la...sepanjang hidup aku, blm pernah lg aku start enjin kereta. Agak2, blh tak aku memandu? Kita tunggu je lah keputusannya nanti samada aku lulus atau tak.
Sunday, January 18, 2009
Anakku Pandai Menyanyi
Ntah apa lagu yg dia nyanyi aku pun tak tau. Dah la tu, dgn penuh gaya je memegang microphone tu. Layan aje la. Tapi mintak maaf la ye. Aku tak reti nak adjust bg video tu tegak.
So, tngklah sambil baring ke, sengetkan kepala ke atau apa2 je cara asalkan korang sume blh tngk video tu. Tapi jgn risau. Video tu pendek je. Kalau lama2 mau teleng kepala korang sume. Hehehe...
Thursday, January 15, 2009
Udang Goreng Kunyit.
Bahan-bahan ( 4-5 org )
- 300gm udang kecil
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 biji bawang besar
- 1 biji cili hijau
- 3 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1. Bersihkan udang.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
3. Goreng sehingga garing
4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris slice.
5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!
Wednesday, January 14, 2009
Pemidang
Actually, dlm gambar ni, aku tngh nak buat sulaman pd beg (mcm salah satu projek yg aku kena hantar tu). Separuh aku dah siapkan kat Chennai. Tapi bila blk Malaysia, aku tak berkesempatan lg nak bukak benda ni. Maklum le....umah aku kecik je. Ditambah lg dgn anak aku yg memang suka sangat nak menolong ibu dia buat keje.
Beg ni kawan aku tempah. Tapi disebabkan dia skrg ni tak de kat Malaysia, so....lmbt le aku menyiapkannya. Ni kira tempahan yg kedua la. Sblm ni masa kat Chennai, sorang staff yg keje kat Restoran Pelita Nasi Kandar tempah satu utk wife dia. Dia selalu tngk aku pakai beg tu tiap kali aku gi mkn kat Pelita. Dia tanya aku beli kat mana. Tergezut dia bila aku ckp aku yg buat. Hehehe....Apa, dia ingat org dia je ke blh buat. Malaysia boleh la!
Thursday, January 8, 2009
Project Hari Rabu
Masa kat Chennai dulu, aku cuma buat soto ayam kalau ada taugeh. Kalau tak de, jgn harap aku nak buat. Kat sana memang susah nak jumpa taugeh mcm yg kat Malaysia ni. Dia cuma ada kacang yg baru keluar ekor nak jadi taugeh. Disebabkan susah sangat nak jumpa taugeh kat sana, aku pernah buat projek tanam taugeh. Siap dpt tempahan lg dr kengkawan. So, jadilah aku tokey taugeh sekejap. Muahahaha....
Ni aku copy paste je resepinye. Dari Myresepi aku edit masuk dlm Microsoft Word sbg simpanan & rujukan aku.
SOTO AYAM – oleh : Maya_zakry
Bahan-bahan ( 2-3 org kot )
- 1 ekor ayam - direbus
- Sup Bunjut ADABI
- B.merah, b.putih, halia - di tumbuk/blend
- Nasi impit ADABI - rebus
- Suhun - digoreng (atau guna bihun celur)
Hiasan :
- Bawang goreng
- Daun bawang
- Daun Sup
- Taugeh
- Cili merah/hijau
Bahan kicap :
- 20 bj cili padi (aku guna cili api yg besar sikit tu, dlm 10 bj)
- 2 ulas bwg putih
- 1/2 cawan kicap manis
Cara-cara
1. Buka sup bunjut & kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lbh rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
2. Tumis bwg merah, bwg putih, halia sehingga kuning & naik bau. Kmdn mskkn air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka mskkn kentang & tetulang ayam. Kuah soto siap. (Jangan lupa masukkan sup bunjut yg tlh ditumbuk td.)
3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
4. Slps goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
5. Utk kicap pula, kisar semua bhn kicap & ratakan.
6. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yg tlh digoreng/bihun dgn bergedilnya.
7. Hiaslah soto dgn carikkan ayam di atasnya bersama2 bwg goreng, daun bwg, daun sup, taugeh & cili merah/hijau.
BEGEDIL DAGING CINCANG – oleh ratnamurniwati
Bahan-bahan ( 3 orang )
- 2 bj kentang
- segenggam daging cincang ramly (aku guna 2 kpg daging burger je)
- daun sup dicincang halus
- 5 sudu besar bawang goreng
- satu sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 1 biji telur (di pukul)
Cara-cara
1. kentang dipotong & digoreng hingga garing.
2. Stlh garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
3. kmdn ambil daging cincang & gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
4. setelah itu mskkn daun sup, bawang goreng, lada sulah & garam.
5. gaul hingga semua bhn sebati. Kmdn ambil sedikit & bulat2kan dgn saiz sederhana.
6. akhir sekali, celupkan dlm telur & goreng.
Kononnya lps tu nak buat roti jala. Kuah kari ayam kelmarin ada lg. Aku pun buat la setengah adunan. Kalau buat 1 adunan rasanya banyak sangat. Bila adunan dah siap, aku tinggalkan dulu utk buat keje lain. Bila dah penat, tetiba penyakit malas tu dtg plak. So, aku terus simpan & menjala pg tadi.
Aku selalu guna resepi ni utk buat kuih jala. Kari ayam tu, mcm biasa lah....ikut main campak2 aku je. Tu pun kari ayam nye dah jadi cair sbb aku tambah air. Hehehe...tak kisah la. Nak isi perut aku je.
ROTI JALA - oleh: lynn
Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
- 450g tepung gandum
- 1 camt garam
- ½ camt serbuk kunyit
- 450 ml susu segar
- 3 biji telur (di pukul sedikit )
- 450 ml air
- 2 camb mentega cair
- minyak untuk melenser
- acuan roti jala
Cara-cara
1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Mari Mendeco Cake....
Sebelum....deco pun yg simple2 je. Tak de munge2. Hias dgn buah2 je kat atasnya.
Deco pertama - buttercream pun cair semacam je.
Percubaan kali ke-2. Blh tahan la.
Bila dah OK, buat utk birthday hubby.
Yg ni senang je. Tuang je dgn chocolate ganache.
Yg ni plak gabungan choc. ganache & buttercream. Pas tu tepek je bunga wafer kat atas dia. Utk birthday adik & anak sedara.
Yg ni buat sblm gi deco class.
Slps.......tiap kali buat kek mesti ada bunga ros. Bukannya apa, sambil tu nak practice.
Buat sempena Aildiladha...



Yg ni buat utk bwk blk Btg Kali. Saja nak tunjuk kat mak yg anak dia ni dah pandai deco cake. Hehehe....
Ni sesaja je buat. 1/2 adunan buat kek bulat, 1/2 adunan lg buat cupcake.
Cuba2 nak deco cupcake.
Buat utk birthday 3 org adik ipar yg lahir dlm bln 12.
Cake Decoration
Dari situlah aku dpt tahu tentang K. Ayu (Loveliana). Kebetulan dia pun ada gak menyumbang resepi kat dlm Myresipi. Stlh mendpt semua information pasal kelas dia, aku bgtau kat adik ipar aku. Dia pun berminat nak join. Memang seronok bljr dgn K. Ayu ni. Dia peramah & cara dia mengajar pun best. Aku bljr 7 jenis deco iaitu 3 tier cake, novelty cake, photo cake, barbie cake, basketweave cake, cupcake & fancy cookies dlm masa 2 hari. Hasilnye blh dibawak blk. Tapi aku bg kat mak mertua & suruh dia agih2 kan kat jiran tetangga. Tak larat aku nak mkn kek yg banyak tu.
Ni gambar aku dgn hasil deco (hari pertama)
Barbie cake
Photo cake
3 tier cake (kat tepi tu sbhgn dr cupcake)
Novelty cake (kat sblh tu basketweave cake)
Fancy cookies terlupa nak ambik gambar.
Wednesday, January 7, 2009
Kek
So, ni la antara kek2 yg pernah aku buat.
Marble Cake
Kek Pisang
Chocolate cake
Blueberry cupcake
Apple Cake
Orange Sponge Cake
Pandan Sponge Cake
Strawberry Cake
Slice Cheese Cake
Tuesday, January 6, 2009
Main masak2.
Karipap - my hubby's favourite. Mkn karipap hari2 pun tak pe.
Fishball - bila blk Malaysia dah tak pernah buat sbb kat sini ikan tenggiri mahal giler. Lagipun kat kedai melambak ada jual fishball.
Donut - ni kes org malas buat donut. Cuma bulat2 kan je. Janji sedap.