Sunday, July 26, 2009

Kunjungan Rabiatun Sekeluarga

Hari ni aku menerima kunjungan dari teman blogger yang juga merupakan member di forum Myresipi. Selalunya aku panggil dia ni dengan panggilan Cik Tun di forum. Dia datang bersama suami, 3 orang heronya & maid. Kunjungan Cik Tun sebenarnya nak mengambil nozzle set yang diordernya dari aku. Gembira kemain Cik Tun bila dapat nozzle set tu. Lepas ni Cik Tun boleh la mendeco sakan ye?

Cik Tun & suaminya pun peramah. Seronok bercerita dengan diorang. Sempena kunjungan mereka ni, aku masakkan nasi ayam dan puding ABC resepi K. Fida. Masak yang simple2 je. Maklum le...aku ni bukannya pandai sangat masak. Tapi tak la tak tau masak langsung. Hehehe...


Puding ABC resepi K.Fida. Gambar nasi ayam lupa nak snap.

Dok sibuk2 bercerita, lupa plak nak ambik gambo hubby dengan husband Cik Tun. Gambo anak2 nya pun terlupa nak ambik. Sempat ambik gambo bersama Cik Tun je. Tak pe lah, lain kali kalau ada rezeki nak jumpa Cik Tun lagi, boleh ambik gambo sapa2 yang tercicir dalam pertemuan pertama ni. Hahaha.... Punya happy dapat jumpa, sampai Cik Tun hampir tertinggal nozzle set dia. Nasib baik baru kat depan pintu pagar. Itu pun hubby yang ingatkan. Kalau tak, percuma je la Cik Tun datang sampai ke Batang Kali.

Bergambar kenangan dengan Rabiatun a.k.a Cik Tun.


Cik Tun pun ada bagi souvenir kat aku. Thanks Cik Tun. Buat susah2 je. Hehehe...


3 comments:

Rabiatun said...

Salam, thanks Fieza, seronok sangat jumpa u, mcm kita dah lama kenal pulak.mmglah lamakan, cuma di alam maya jer.hehehe. sedap nasik ayam Fieza ni hinggakan anakku bertambah2 mkn.segan pula rasenyer.
hmmm...nnt klu nak picture singgahlah umah kita yer..nnt kita upload kat blog. tq Fieza..susah payah memasak lunch utk kami sekeluarga.Kalau ikutkan kat sini, mmg tak cukup ruangan ni nak bercerita betapa seronoknyer.hahahaa..Apapun tq.

umi_e said...

bestnya fieza dapat jumpa kawan maya lagi...

* takde ke orang nak tg umah kak e eekkkk :P

Fieza said...

* Cik Tun, kita pun seronok jumpa awak. Kalau dulu Cik Tun jadi duduk Btg Kali, lg senanng kita nak jumpa kan? Hehehe... Nasi ayam tu, hubby yg suggest kan sebab dia memang minat makan nasi ayam.


* K.E, memang seronok. Sayang sbb masa kita jumpa dulu tak teringat nak ambik gambo. Tak pe lah. Lain kali kalau ada rezeki kita jumpa, blh snap gambo banyak2. Apa plak tak de org nak dtg umah k.e. Yg ari tu gather2 sambil deco2 tu, punyalah ramai yg dtg umah k.e. Hehehe...