Monday, August 24, 2009
PENGUMUMAN!!!!
So, pada sesapa yang masih berminat untuk memiliki nozzle set ni, kena la tunggu next order. Insyaallah, Mungkin bulan 12 nanti atau bulan satu tahun depan. So, kalau rasa2 berminat nak memiliki nozzle set tu, sila buat tempahan sekarang. Buat masa ni harga nya masih RM200. Sekiranya ada sebarang perubahan pada harga, akan diberitahu kelak. Tapi rasanya tak de perubahan kot.
Tuesday, August 18, 2009
Morning Walk At Putrajaya
Wednesday, August 12, 2009
Berehat Untuk Sementara Waktu.
1) Tak de cerita menarik.
2) Tengah sibuk menjahit baju raya walaupun puasa belum start lagi.
3) Menyiapkan tempahan bag sulam. Yang ni tuan umah akan updatekan dalam blog yang akan diberitahu kelak. Blog tu kira macam kedai tuan umah la. Hehehe....
Tapi kalau ada berita terkini atau ada cerita menarik yang nak dikongsi dengan u all sume, tuan umah akan update la blog ni. Tapi jangan segan plak nak masuk sini. Intai2 le umah kita ni. Hehehe...
Tuesday, August 4, 2009
Fresh From Oven
Monday, August 3, 2009
Nozzle Set Untuk Dijual
Balik Kampung
Sunday, August 2, 2009
Baju Tidur
Saturday, August 1, 2009
Hari Yang Memenatkan
Kononnya aku nak buat malam tu jugak. Tapi sebab mengantuk, aku buat hari Khamis pagi. Lepas je hubby gi keje, aku pun mula lah bersilat. Mula2 aku buat 1 adunan je. Dapat lah dalam 4 biji. Tapi lepas kuih tu masak, sebiji dah tercacat la plak. So, aku decide untuk buat 1 adunan lagi. Lagi pun takkan aku nak tengok je kuih tu. Nak gak makan. Aku bagi kakak ipar aku sebiji, adik aku sebiji.
Kat bhgn tnghnye tak cantik. Kena practise lg ni.
Perisa strawberry utk kakak ipar aku.
Perisa koko utk adik kepada kakak ipar aku.
Sunday, July 26, 2009
Kunjungan Rabiatun Sekeluarga
Puding ABC resepi K.Fida. Gambar nasi ayam lupa nak snap.
Bergambar kenangan dengan Rabiatun a.k.a Cik Tun.
Cik Tun pun ada bagi souvenir kat aku. Thanks Cik Tun. Buat susah2 je. Hehehe...
Kek Pooh
Ida tempah chocolate sponge cake untuk celebrate birthday Akmal hari ni. Dia nak buat jamuan makan2 untuk anak2 saudara belah suaminye belah petang. So, dari pagi aku dok sibuk kat dapur. Untuk lunch pun aku just masak nasi goreng. Lagi pun hari ni pasar malam. Tak yah beria2 nak masak untuk lunch. Ala kadar je. Hehehe...
Aku buat kek berukuran 11 x 11 inci & aku buatkan gambar pooh kat atas kek tu. Actually, gambar pooh tu aku ambil dari gambar kat baju tidur Is. Memang dah lama aku 'terberkenan' kat gambar pooh tu. Aku gunakan teknik buttercream transfer & aku warnakan dengan menggunakan jelly.
Akhirnya, beginilah hasil deco aku untuk kek birthday Akmal. Untuk Akmal, selamat hari lahir yang ke 4 dan semoga menjadi anak yang soleh. Amiiiiiiiiiiinnnnnnn...
Saturday, July 25, 2009
Puding Roti Marble
Aku start buat puding ni pun dah dekat pukul 10.30 malam. Nak buat siang, susu cair tak de plak. So, aku suruh hubby aku belikan masa dia balik dari office. Aku malas nak start enjin kereta semata2 nak beli susu cair. Banyak tenaga diperlukan. Hehehe....
Sekarang ni aku tau la macamana nak buat corak belang2 tu. Orang lain dah
berzaman tau, aku ni baru terkedek2 nak belajar. Tapi lebih baik lambat daripada tak tau langsung kan?
So, hari Jumaat aku bawak sikit untuk konco2 aku kat kedai. (Sapa lagi kalau bukan adik pompuan & abang aku 1 family). Sekarang ni aku rajin bawak anak2 lepak kat kedai abang aku. Bukannya apa, at least Abil & Is boleh berkawan & bermain dengan anak abang aku yang kecik tu. Kalau dok kat umah, ada je benda yang Abil buat yang boleh membuatkan ibu dia ni hangin satu badan.
Hari ni, aku terima tempahan puding roti marble ni dari kakak ipar aku & adiknya. Dia nak hari Jumaat depan. Hehehe...rezeki, rezeki. Alhamdulillah....ada masyuuuuuk.
Tuesday, July 21, 2009
Cikbunga Kembang Setaman.
K. Ros happy bebeno dpt nozzle idaman kalbu nye.
K. Ros ni seorang yang peramah. Dia datang bersama anak perempuannya ke rumah mak mertua aku di Puchong. Siap bawak buah tangan lagi. Tima kasih K.Ros. Insyaallah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Mungkin Fieza plak buat kunjungan balas ke umah K.Ros.
Salah satu daripada buah tangan dari K. Ros.
Thursday, July 9, 2009
African Marble Cake
Alhamdulillah, kek yang aku buat tu menjadi. Lembut & gebus je. Cuma atasnya sedikit merekah dan bahagian marble kat dalamnya tak berapa cantik. Tak pe lah. Lain kali aku cuba lagi. Kek yang kecik2 tu aku bagi si Abil makan. Senang, tak yah nak potong2 lagi. Si Abil ni memang suka makan kek. So, tiap kali aku buat kek, dia lah tester dan juga tukang perabih kek2 yang aku buat. Kalau kek tak jadi pun tak risau. Tetap akan melalui proses pelupusan yang mesra alam. Hehehe...
1 biji kek aku hantar ke umah mak. Yang sebiji lagi tentulah untuk umah aku. Tapi korang nak tau apa jadi kat kek yang kat umah aku ni? Hampir2 hancur dikerjakan dek Abil. Nasib baik tak lunyai dikerjakannya. Masih boleh dimakan. Tapi untuk dihidang pada tetamu, tak tergamak aku. Mula2 dia cucuk2 atas kek tu. Habis berlubang kek aku. Pas tu, belah malam masa aku tengah kemas tempat tidur dia, di potong2 nye plak kek tu. Bapak nye yang tengah tengok tv boleh tak perasan apa anak dia buat. Hangin betul aku.
2 biji kek. Corak kat atasnya tak berapa nampak.
Yg ni balance adunan yg aku masukkan dlm paper cup.
Rupa kek yg blm dikerjakan oleh Abil.
Ni project Abil yg pertama.
Ni project ke-2, menggunakan kek yg sama.