Tuesday, February 3, 2009

BERJAYA Mixer

Thn 2009 ni aku aim nak beli 3 benda yg penting utk hobi terkini aku iaitu baking & cake decorating. Dr hujung thn lps aku dah berazam nak beli mixer, oven & nozzle set. Ni nak citer sikit sejarah oven & mixer aku. Sebenarnya aku memang nak beli 2 benda ni dr aku mula kawin lg. Tp masa tu, budget tak cukup. Lg pun aku berenti keje masa aku mengandung 5 bln. Lps tu terus tak kerja lg. Bila aku gi Chennai, rezeki ada lbh sikit. So, dgn murah hatinya hubby aku belikan aku oven & mixer cap NOVA. Tak kisah la. Asalkan aku ada kelengkapan utk cuba bakat dlm bidang msk2 ni. Kiranya oven & mixer tu aku dpt lps 3 thn kawin.

Bila aku blk sini, dough whip utk mixer aku tu patah. So, aku beli la mixer baru kat TESCO. Aku beli brand Khind. Masa kat TESCO tu, dah suruh org tu test. Tapi lps 2-3 hari bila aku test, rupanya ada problem kat dia punya speed control. Speed 1, 2 & 3 tak blh guna. Cuma speed 4 & 5 je yg berfungsi. Nak gi tukar, resit nye aku dah buang. Ye tak ye, aku guna je la.


Ni le rupa mixer BERJAYA BM7 berserta attachmentnye yg aku baru beli semalam. Regenye slps tawar menawar dpt la RM695. Lps tu aku beli 1 extra bowl yg berharga RM103 yg mana aku tak sempat nak tawar menawar. Maybe sbb aku terlebih excited dpt mixer yg baru. Sampaikan balance RM2 pun aku lupa nak ambik blk. Bila dah sampai kat keta, amoi tu lari2 pulangkan blk RM2 tu.

Pada sesapa yg berminat nak beli mixer ni, ni alamat dealer yg kat Puchong. HQ nye kat Cheras.
CKE Holdings Sdn Bhd,
Lot PT 1976, Jalan TK7/1,
Taman Bukit Kuchai,
47100 Puchong,
Selangor.
03-8071 1162 / 03-8071 1163

Yg aku beli ni 7 ltr. Ada jugak yg 5 ltr. Tapi disbbkn harganya tak jauh beza, aku pun ambik la yg 7 ltr ni.

7 comments:

Susan said...

Hi,

You bought the Berjaya brand Mixer, so how it is... it is noisy ? do you use it to beat egg white ? Is it manufactured from China ? Is the quality of the mixer good ? I'm thinking of buying this mixer as it is much cheaper than Kenwood or Kitchen Aid. However, I'm from Kuching so have to wait until I go down to KL.

Tks.

NuLi FotoBloG said...

Kak...

Still pakai mixer ni tak?

Noor Hayati binti Mohd said...

ok tak mixer ni?brapa harga u beli yeak?nak crik gak la...

Fieza said...

Susan,
So far the mixer is superb. Hehehe...It's not making any sound like helicopter. I used it to beat white egg, make dough, buttercream, etc. So far so good. It's a M'sia product. The factory is at Nilai, Negeri Sembilan.

Nuli fotoblog,
Akak masih guna lg mixer ni.

Noor Hayati,
So far so good. Masa saya beli ari tu lbh kurang dlm RM700.

Sue said...

KAT MELAKA NAK CARI KAT MN YA? MINAT GAK NAK BELI NIE.

Anonymous said...

Hi,

Is your mixer still working good? Thank you so much in advance.

BELAJAR MASAK2 said...

saya juga guna mixer berjaya 7 liter tp napa yea, kalau buat apaom polkadot dia xjadi...kalau ada pengalaman guna mixer ni utk buat apam polkadot pohon syer tips2 , telor yg di pukul tidak segebu guna hand mixer biasa, apa yg perlu saya ubah????