Kebetulan kat dapur tu ada 4 biji pisang montel. Aku pun terus berkira2 nak buat kek pisang. Aku gunakan resepi Kek Pisang Sempoi oleh Sofinar yg aku ambik dr Myresipi. Ni gara2 K. Hunny buat tayangan kek pisang yg dia buat menggunakan resepi tu. Aku buat 2 adunan & buat 2 versi iaitu bakar & kukus.
Kat sini aku copy paste je resepinye. Memudahkan kerja. Hehehe...
KEK PISANG SEMPOI - oleh Sofinar
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 150g pisang emas - dilecek
- 180g tpg gandum
- 180g gula halus /gula icing
- 3 biji telor
- 120ml minyak masak
- 1 sudu teh ovelate
- 1 sudu teh soda bikabonat
- 1 sudu teh baking powder
- secubit garam
Cara-cara
- campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
- masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
- pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
No comments:
Post a Comment