Friday, March 13, 2009

Project Cupcake

Hari ni aku buat project cupcake merangkap perasmian nozzle set yg baru. Hehehe....tngn ni gatal je selagi tak cuba. Mula2 ingat nak buat semalam. Tapi tahap kemalasan tu lebih dari tahap kerajinan. So, cancell la. Cadang tu nak buat kek keladi. Tak sudahnya hari ni aku buat kek coklat resepi Fendi from MyResipi je. Disebabkan aku nak cuba pelbagai jenis nozzle, maka aku ambik keputusan untuk buat dalam bentuk cupcake je. Lagipun senang, tak yah nak potong2.

Belah pagi, aku buat buttercream. Pas tu belah petang baru aku buat adunan keknya. Alhamdulillah, cupcake aku naik cantik & tak mengecut. Tapi masa aku keluarkan cupcake dari oven, ada accident la plak. Masa nak letak cupcake tu atas radai, loyang aku tu hilang imbangan. Maka jatuh tergolek la aku punya cupcake. Nasib baik 5 bijik je. Kalau dak, mau nangis aku dibuatnya.

Gini le rupa cupcake aku yg accident tadi.


Lepas tu bermula la project mendeco aku yg tah apa2 ni. Actually aku ni tak brp suka deco cupcake sebab aku ni jenis yg ketandusan idea kalau nak deco benda kecik2 ni.



Balik dari office tadi, hubby tanya, "Sapa nak makan kek banyak2 ni?" . Aku cakap, "Kita la. Esok gi umah mak, bawak sikit." Hehehe....

Kebetulan lepas maghrib tadi, kawan kitorang masa kat ITM Segamat dulu, call & kata nak datang esok. So, dapatlah aku hidangkan cupcake aku ni kat diorang laki bini. Kebetulan aku tak pernah lagi jumpa wife dia sebab diorang kawin masa kami kat India. Kawan kami ni memang kawan baik hubby aku. Satu course dengan hubby masa kat ITM dulu. Masa kami kawin dulu, dia jadi pengapit & masa kenduri kat umah hubby, dia bertungkus lumus menolong.

Berbalik pada cerita cupcake aku, ni ada lagi gambo yg aku kira, sedap sikit la mata memandang. Hahaha...
Swirl...

Dahlia... tapi tak jadi bentuknya.

Roses... besar guna kon, kecik guna flower nail.

Basketweave...

Grass....

Grapes... buah, daun, tangkai, sume warna hijau. Malas nak boh colour purple sbb sikit sangat.

Sekian lah saja tayangan aku untuk hari ni. Hehehe....harap korang tak kutuk lebih2 sebab aku ni budak baru belajar.




2 comments:

Fiza Nordin said...

fieza,kite baru beli nozzle tuk bunga ros tu.bukan beli set tp beli seketui je.belum pecah dare lagi tu.tadi ade order tp termalas nak mixer buttercream jadi main fondant je la buat bunga ros tu.emppp x tau la biler nak pecah dare tuh...

Fieza said...

Fiza, kita plak malas nak buat fondant. Readymade fondant dah beli. Tapi tak pernah teringin nak buat sebab kalau buat pun, buat penat menguli. Pas tu org dok makan kek nye aje. Fondant nye dibuang. Dah la cik abg kita ada keturunan kencing manis. Kalau nak buat pun mungkin buat utk org lain.