Pas tu sibuk balik Batang Kali sebab nak uruskan umah baru. Alhamdulillah, grill, lampu, kipas sume dah pasang. Tinggal nak basuh umah je lagi. Pas tu pasang langsir. Tak sabar rasanya nak dok umah baru. Hehehe...
Entry kali ni aku rangkum kan sekali apa aktiviti aku sepanjang mengeram ni. Tak dayo den nak buek satu2. Jimat sikit masa & tenaga.
Hari tu tengok kat blog Cik Mat Gebu & FizaNordin, ada entry pasal pulut kuning. Bila tengok tu mula la aku terliur je nak makan. So, aku pun buat la seada & seringkas yang mungkin. Aku guna resepi K. As from Myresepi. Kebetulan plak hari sebelumnya aku buat kari ayam.
Ayam panggang ni plak aku buat masa aku dah tak tau nak masak apa utk dinner. Resepi pun main taram je. Masa tu aku plak tak brp sihat. Hubby kata sedap. Tp tekak aku rasa mcm tak sedap. Hubby aku cakap, ibu kena selalu tak sihat la baru boleh makan sedap2. Ada ke patut.
Yang ni plak selepas dibakar.
Hari tu kat forum Myresepi diorang dok sibuk citer pasal buah kundang. So, aku pun dah terliur bila dok citer2 pasal buah kundang ni. 2 tempat aku gi cari tapi tak de. Akhirnya dapat gak aku cari buah kundang ni kat gerai buah dekat dengan umah aku. Aku beli sekilo. Yg makan cuma aku sorang je. Hubby tak nak sebab dia kata takut masam. Tapi kundang aku beli ni memang manis. Tengok warna dia yg kuning tu buat aku tak tahan godaan.
Bagi sesapa yg tak kenal buah kundang, mcm ni la rupanya.
No comments:
Post a Comment