Semasa aktiviti blogging aku terhenti disebabkan masalah internet, sempat jugak aku jenguk blog ni dengan meminjam laptop adik ipar aku. So, aku nampak la K. Mimi pesan suruh ambik award kat umah dia. Tapi masa tu cuma sempat pesan kat K. Mimi yg aku akan ambik award tu je. Nak masukkan entry kat blog aku ni, mcm segan la plak. Ye la, kita meminjam hak org. Cuma check yg penting2 je. Email pun setakat buang mana yg patut. Yg penting2, aku simpan dulu.
Alhamdulillah, Sabtu lepas, hubby aku dah gi tukar USB modem tu. Tp 2-3 hari gak la sasau sbb masalah line internet plak. Kejap2 ada line, kejap2 tak de. Yg hanginnye, lebih lama tak ada dari ada. Pg ni aku cuba godek2 lg. Kali ni aku cuba tukar wayar yg menyambungkan USB modem tu dgn laptop aku ni. Maklum la....aku ni dok kat tingkat 2. So, maybe line tu susah sikit nak dpt. Alhamdulillah......line kali ni mcm bagus je. Agaknya sebab dah tukar 'sesungut', baru dpt signal. Hahaha....
Berbalik pada award yg K. Mimi bg, ni lah dia :
Terima kasih K.Mimi sebab sudi bg award ni kat Fieza. Walaupun kita tak pernah bersua muka, tapi diharapkan semoga persahabatan di alam maya ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau ada rezeki, nanti kita jumpa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment