Wednesday, March 25, 2009

Aktiviti Semasa Mengeram.

Dah lama gak cuti dari letak entry baru kat blog ni. Kebetulan plak semenjak dua menjak ni busy sesangat. Pas tu kepala aku ni mudah pening kalau tengok screen laptop ni lelama. Rasa berpinau.
Pas tu sibuk balik Batang Kali sebab nak uruskan umah baru. Alhamdulillah, grill, lampu, kipas sume dah pasang. Tinggal nak basuh umah je lagi. Pas tu pasang langsir. Tak sabar rasanya nak dok umah baru. Hehehe...

Entry kali ni aku rangkum kan sekali apa aktiviti aku sepanjang mengeram ni. Tak dayo den nak buek satu2. Jimat sikit masa & tenaga.

Hari tu tengok kat blog Cik Mat Gebu & FizaNordin, ada entry pasal pulut kuning. Bila tengok tu mula la aku terliur je nak makan. So, aku pun buat la seada & seringkas yang mungkin. Aku guna resepi K. As from Myresepi. Kebetulan plak hari sebelumnya aku buat kari ayam.


Ayam panggang ni plak aku buat masa aku dah tak tau nak masak apa utk dinner. Resepi pun main taram je. Masa tu aku plak tak brp sihat. Hubby kata sedap. Tp tekak aku rasa mcm tak sedap. Hubby aku cakap, ibu kena selalu tak sihat la baru boleh makan sedap2. Ada ke patut.

Yang ni gambar masa ayam tu diperap.

Yang ni plak selepas dibakar.

Hari tu kat forum Myresepi diorang dok sibuk citer pasal buah kundang. So, aku pun dah terliur bila dok citer2 pasal buah kundang ni. 2 tempat aku gi cari tapi tak de. Akhirnya dapat gak aku cari buah kundang ni kat gerai buah dekat dengan umah aku. Aku beli sekilo. Yg makan cuma aku sorang je. Hubby tak nak sebab dia kata takut masam. Tapi kundang aku beli ni memang manis. Tengok warna dia yg kuning tu buat aku tak tahan godaan.

Bagi sesapa yg tak kenal buah kundang, mcm ni la rupanya.





Tuesday, March 17, 2009

Laksam

Semalam masa chatting dgn K.Fis (kawan masa kat Chennai & dia masih kat sana), dia bagitau yg dia baru buat laksam. Tetiba aku terasa2 je mcm kuah laksam tu melekat kat tekak aku. Wah! Buat laksam pun best ni. Dah lama aku tak buat laksam. Last buat pun masa kat Chennai dulu.

So, petang semalam sebelum aku mulakan project laksam tu, aku call hubby dulu. Tanya dia ok tak kalau aku buat laksam untuk dinner. Dia kata ok. Bukannya apa, hubby aku ni tak berapa gemar sangat makan benda2 yg 1 keluarga dgn laksa/kue teow.

Mula2 aku buat kuah dulu.

Sesambil tu aku potong ulam2 yg digunakan,

& buat sambal belacan. (aku mesin je. Kes malas. Hehehe...)

Last sekali baru aku buat laksam nye.

Jemput makan.....

Bila dah siap, aku pun makan dengan penuh berselera. Dah tak pandang kiri kanan lagi. Kalau mak mertua lalu kat belakang pun dah tak nampak. Kat dapur tu pun ada lagi. Maknanya, hari ni aku akan mengadap laksam tu sampai habis. Breakfast dengan laksam, lunch pun dengan laksam. Dinner kena fikir masak lain. Nanti hubby aku tak lalu plak nak makan laksam hari2.

Atas permintaan Mek Nora yg kat Terengganu tu, ni Fieza copy paste resepi Yani yg di ambik dr Myresepi. Thanks Yani. Actually, Mek Nora mintak cara2 nak buat laksam nye aje. Tp aku copy paste & edit sikit resepinye. Kot la ada plak yg nak buat laksam lepas tengok blog aku ni.

Laksam

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • >> Laksam :
  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam:
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus), Fieza tambah kobis
  • >>Sambal Belacan:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Panaskan kukus. Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Letak tudung periuk dlm kukus & ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk (jgn terlalu tebal). Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: Kisar isi ikan & tapis ke dlm periuk. Kemudian, kisar halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk sambal belacan: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.
Selamat Mencuba!!!!!!!!




Friday, March 13, 2009

Project Cupcake

Hari ni aku buat project cupcake merangkap perasmian nozzle set yg baru. Hehehe....tngn ni gatal je selagi tak cuba. Mula2 ingat nak buat semalam. Tapi tahap kemalasan tu lebih dari tahap kerajinan. So, cancell la. Cadang tu nak buat kek keladi. Tak sudahnya hari ni aku buat kek coklat resepi Fendi from MyResipi je. Disebabkan aku nak cuba pelbagai jenis nozzle, maka aku ambik keputusan untuk buat dalam bentuk cupcake je. Lagipun senang, tak yah nak potong2.

Belah pagi, aku buat buttercream. Pas tu belah petang baru aku buat adunan keknya. Alhamdulillah, cupcake aku naik cantik & tak mengecut. Tapi masa aku keluarkan cupcake dari oven, ada accident la plak. Masa nak letak cupcake tu atas radai, loyang aku tu hilang imbangan. Maka jatuh tergolek la aku punya cupcake. Nasib baik 5 bijik je. Kalau dak, mau nangis aku dibuatnya.

Gini le rupa cupcake aku yg accident tadi.


Lepas tu bermula la project mendeco aku yg tah apa2 ni. Actually aku ni tak brp suka deco cupcake sebab aku ni jenis yg ketandusan idea kalau nak deco benda kecik2 ni.



Balik dari office tadi, hubby tanya, "Sapa nak makan kek banyak2 ni?" . Aku cakap, "Kita la. Esok gi umah mak, bawak sikit." Hehehe....

Kebetulan lepas maghrib tadi, kawan kitorang masa kat ITM Segamat dulu, call & kata nak datang esok. So, dapatlah aku hidangkan cupcake aku ni kat diorang laki bini. Kebetulan aku tak pernah lagi jumpa wife dia sebab diorang kawin masa kami kat India. Kawan kami ni memang kawan baik hubby aku. Satu course dengan hubby masa kat ITM dulu. Masa kami kawin dulu, dia jadi pengapit & masa kenduri kat umah hubby, dia bertungkus lumus menolong.

Berbalik pada cerita cupcake aku, ni ada lagi gambo yg aku kira, sedap sikit la mata memandang. Hahaha...
Swirl...

Dahlia... tapi tak jadi bentuknya.

Roses... besar guna kon, kecik guna flower nail.

Basketweave...

Grass....

Grapes... buah, daun, tangkai, sume warna hijau. Malas nak boh colour purple sbb sikit sangat.

Sekian lah saja tayangan aku untuk hari ni. Hehehe....harap korang tak kutuk lebih2 sebab aku ni budak baru belajar.




Wednesday, March 11, 2009

Project Yg Tertangguh.

Sejak aku balik Malaysia, project embroidery (aari & zardosi) aku terus terperuk je. Dah 2-3 kali aku bawak keluar. Konon2 nak sambung la. Tapi tak sudahnya, aku simpan balik kat dalam bilik. Mood tu tak sampai lagi. Bukan saja mood, tapi bila memikirkan yg 'assistant' aku yg memang tersangat la rajin nye nak menolong tu, aku pendamkan aje niat nak sambung balik project tu. Nanti tak pasal2 habis rosak sumenye.

So, masa internet aku 'kong' ari tu, memang aku ambik kesempatan nak sambung balik project embroidery yang terbengkalai. Bukan saja aku dapat siapkan project yg separuh siap tu je, malah aku berjaya jugak siapkan satu lagi design dlm masa 2 hari.

Haa... ni lah design embroidery yg terbengkalai sekian lama tu. Yg ni kawan tempah sebab dia tengok bag yg aku buat untuk project embroidery untuk dapatkan certificate tu. Sebelum ni pun aku dah tunjuk gambar yg separuh siap. Alhamdulillah, skrg dah betul2 siap. Cuma belum jadi bag je.


Yg ni plak design terbaru yg aku berjaya siapkan dlm masa 2 hari. Kena buat time bebudak ni tido je. Kalau tak, harus ada assistant yg tak diundang. Utk buat ni aku melilau pi cari minyak tanah. Dulu2 senang dpt kat kedai runcit. Rupanya sekarang ni bukannya mcm dulu. Tapi aku berjaya gak jumpa kat hardware dekat dgn umah aku.

Lepas ni aku cuma perlu jahitkan jadi bag aje. Ntah bila mood nak menjahit tu datang aku pun tak tau. Yg pastinya, sampai sekarang mesin jahit aku tengah dok sedap berselimut. Bila la agaknya dia nak bangun bersenam ek. Hehehe...

Tuesday, March 10, 2009

Tag Dari K. Hunny

Ni dapat homework dari K. Hunny plak. Baru ingat nak relax sbb dah banyak buat entry untuk hari ni. Peraturannya.....

1. ambil gambar peti ais
2. ceritakan segala yang ada yang melekat luar dan dalam
3. jenama
4. tag orang lain pulak...

Ni gambo peti ais kat umah aku. Sebelum ni aku ada peti ais 1 pintu. Tapi disebabkan aku nak pindah India masa tu, kami tinggalkan je peti ais tu kat sini & peti ais tu berpindah dari 1 tangan ke 1 tangan yg lain. Peti ais ni kami beli masa kat India. Brand Haier. Peti ais ni bhgn fridge nye kat belah atas & freezer nye kat belah bwh.

Kat bahagian luar pintu hadapan hubby aku lekatkan calendar yg ada waktu sembahyang. Senang sebab peti ais ni depan bilik air. Hehehe.... Kat sebelah dinding tepi plak aku lekatkan resepi yg aku nak buat. So, sesambil buat kek atau kuih, aku just toleh & rujuk pada resepi yg aku lekat kat tepi peti ais tu. Mudah kan?

Ni plak apa yg ada dalam peti ais aku. Macam2 ada. Kat bahagian atas, stock telur & butter mesti ada. Aku rasa tak payah la aku citer panjang2. Korang tengok je la apa yg ada. Hehehe...
Kat bahagian bwh plak, aku simpan segala ayam, daging, ikan & udang. Bekas kuning tu tu aiskrim yg dah berbulan2 dok terperap. Ntah2 dah expired. Aiskrim tak sedap. Tu sebab tak jalan. Atas aiskrim tu, dlm plastik merah, kelapa parut. Aku ni memang suka simpan kelapa parut dlm tu. Tahan lama. Aku pernah simpan sampai dekat sebulan. Tapi still elok.

Oklah. Homework ni aku panjangkan plak kat:
1) Waheedeana
2) Amy yg dok kat German tu.
3) Aziemas
4) Fidadaud
5) K. Mimi

Nozzle Set

Yahoooo!!!!!!!!!! Nozzle Set yg aku order dari India dah sampai. Maknanya 2 dari target aku untuk tahun ni dah dapat. Tinggal 1 je lagi. Nak beli oven. Rasanya dlm bln April atau bln May nanti blh la tercapai target aku tu.

Actually nozzle set ni aku order awal bulan February lagi. Tapi disebabkan delivery cost ke Malaysia mahal (delivery cost ke Malaysia, blh dpt 1 set lagi), aku suruh orang tu hantarkan ke umah mak mertua kawan aku bernama Liza kat Mumbai. Si Liza tu sekarang ni dok kat Chennai. So, bila dia balik ke Mumbai, dia ambikkan barang tu sekali. Kebetulan juga, dia pun beli 1 set.

Nak tunggu dia balik Malaysia ntah bila plak. Kebetulan ada plak sorang kawan kitorang bernama Dominic yg pernah dok kat Chennai, pi sana. Sementara si Dominic ni nak balik ke Malaysia, Si Liza pun kirim kan la nozzle set tu. Bila Dominic sampai sini, dia plak kirim kat Sam yg jemput dia kat KL Central. Kebetulan plak si Sam ni pun pernah dok kat Chennai & skrg ni dok kat Puchong. Hai.....jauh sungguh perjalanan nozzle set aku ni & berapa banyak kebetulan.

Inilah dia nozzle set yg aku dok idam kan sekian lama. Akhirnya berjaya juga aku dptkan.

Bahagian luar & dalam kotak

Ni aku nak tunjukkan secara detail apa yg aku dapat bila aku beli nozzle set ni.


So, kengkawan sume. Ada yg berminat? Hehehe...promo la plak.