Saturday, July 25, 2009

Puding Roti Marble

Hari Khamis lepas, aku tergerak hati nak buat puding roti marble. Resepi ni disumbangkan oleh hana6877 di Myresipi. Bukannya apa, teruja tengok corak belang2 tu. Kebetulan plak, nak menghabiskan stock roti yang dah nak expired.

Aku start buat puding ni pun dah dekat pukul 10.30 malam. Nak buat siang, susu cair tak de plak. So, aku suruh hubby aku belikan masa dia balik dari office. Aku malas nak start enjin kereta semata2 nak beli susu cair. Banyak tenaga diperlukan. Hehehe....



Sekarang ni aku tau la macamana nak buat corak belang2 tu. Orang lain dah
berzaman tau, aku ni baru terkedek2 nak belajar. Tapi lebih baik lambat daripada tak tau langsung kan?

So, hari Jumaat aku bawak sikit untuk konco2 aku kat kedai. (Sapa lagi kalau bukan adik pompuan & abang aku 1 family). Sekarang ni aku rajin bawak anak2 lepak kat kedai abang aku. Bukannya apa, at least Abil & Is boleh berkawan & bermain dengan anak abang aku yang kecik tu. Kalau dok kat umah, ada je benda yang Abil buat yang boleh membuatkan ibu dia ni hangin satu badan.

Hari ni, aku terima tempahan puding roti marble ni dari kakak ipar aku & adiknya. Dia nak hari Jumaat depan. Hehehe...rezeki, rezeki. Alhamdulillah....ada masyuuuuuk.

Tuesday, July 21, 2009

Cikbunga Kembang Setaman.

Hari Ahad yang lepas, aku berjumpa dengan seorang teman blogger yang meng'order' nozzle set dari aku. Nama dia Kak Ros. Sebelum ni aku memang tak pernah kenal dengan K.Ros ni. Cuma bertegur sapa di alam cyber ni je. Bermula dengan nozzle idaman kalbunye, kami menjadi sahabat.

Sepatutnya aku berjumpa dengan K.Ros 2 minggu. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa di tunda ke minggu ni. Itupun K.Ros tak sabar2 nak ambik nozzle set dia. Hehehe... Terlepas peluang dia nak mendeco kek sebeday dia pada hari Sabtu 2 minggu sudah. Tak pe lah K.Ros, lepas ni deco la puas2.


K. Ros happy bebeno dpt nozzle idaman kalbu nye.

K. Ros ni seorang yang peramah. Dia datang bersama anak perempuannya ke rumah mak mertua aku di Puchong. Siap bawak buah tangan lagi. Tima kasih K.Ros. Insyaallah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Mungkin Fieza plak buat kunjungan balas ke umah K.Ros.



Salah satu daripada buah tangan dari K. Ros.

Thursday, July 9, 2009

African Marble Cake

Pagi semalam, lepas habis buat kerja rumah, aku pun bersiap2 untuk buat African Marble Cake. Sebenarnya dah lama aku pasang angan2 nak buat kek ni. Tapi angan2 cuma tinggal angan2 je. Tapi pagi semalam aku betul2 bertekad dan berazam untuk mencuba juga resepi kek ni. Aku buat kek african marble cake ni ikut resepi si Fiza @ Tulip kat MyR.

So, sementara budak2 ni tak bangun lagi, aku pun mulalah mengadun bahan2 nya. Dapatlah aku 2 biji kek dan yang adunan yang lebih2 tu, aku masukkan dalam paper cup yang kecik2 yang orang selalu gunakan untuk buat kuih raya. Sebenarnya aku tak berapa faham sangat penerangannya macamana nak buat agar ianya ber'marble'. Hehehe.. Aku main belasah aje. Aku suka tengok kadang2 orang boleh buat bahagian dalam kek tu berbelang persis kuda belang. Hahaha...

Alhamdulillah, kek yang aku buat tu menjadi. Lembut & gebus je. Cuma atasnya sedikit merekah dan bahagian marble kat dalamnya tak berapa cantik. Tak pe lah. Lain kali aku cuba lagi. Kek yang kecik2 tu aku bagi si Abil makan. Senang, tak yah nak potong2 lagi. Si Abil ni memang suka makan kek. So, tiap kali aku buat kek, dia lah tester dan juga tukang perabih kek2 yang aku buat. Kalau kek tak jadi pun tak risau. Tetap akan melalui proses pelupusan yang mesra alam. Hehehe...

1 biji kek aku hantar ke umah mak. Yang sebiji lagi tentulah untuk umah aku. Tapi korang nak tau apa jadi kat kek yang kat umah aku ni? Hampir2 hancur dikerjakan dek Abil. Nasib baik tak lunyai dikerjakannya. Masih boleh dimakan. Tapi untuk dihidang pada tetamu, tak tergamak aku. Mula2 dia cucuk2 atas kek tu. Habis berlubang kek aku. Pas tu, belah malam masa aku tengah kemas tempat tidur dia, di potong2 nye plak kek tu. Bapak nye yang tengah tengok tv boleh tak perasan apa anak dia buat. Hangin betul aku.


2 biji kek. Corak kat atasnya tak berapa nampak.

Yg ni balance adunan yg aku masukkan dlm paper cup.


Rupa kek yg blm dikerjakan oleh Abil.

Ni project Abil yg pertama.

Ni project ke-2, menggunakan kek yg sama.



Tuesday, July 7, 2009

Award Dari K. Mimi

Sebenarnya K. Maria bg award ni bulan lepas. Tapi tak de kesempatan nak menempeknya kat blog aku ni. Hehehe...Sorry K.Maria. Kadang2 main cilut cak je kat blog ni. Busy memanjang. Aku tengok kat dalam blog K. Maria, ada 3 gambo. Tapi yang lain2 tu aku tengok macam tak kena je dengan blog aku ni. So, aku ambik je yang ni. Maaf la kalau tak betul. Hehehe...




Syarat2 award ni,

1-ceritakan tentang org yg bagi award ni

2-bagi kat 5 orang ja...kalau lebih pun tak pa kan kak...hehehe

3-bagitau tentang award ni kat shoutmix org yang kita nak bagi tu.

Untuk syarat yang nombor satu tu, aku kenal dengan K. Maria melalui forum di MyR. K. Maria ni dok kat Sabah. Orangnya rajin memasak sebab aku tengok blog dia penuh dengan makanan. Sapa yang dok berjiran dengan dia, mesti best sebab selalu dapat makan yang sedap2. Aku belum pernah jumpa dengan K. Maria ni. Cuma bertegur sapa & bersembang di alam cyber ni je. Insyaallah, kalau ada rezeki & diizinkan Allah, kami pasti akan berjumpa satu hari nanti.

Untuk syarat yang nombor 2 & 3 tu, aku malas nak serabutkan kepala otak memikirkan kat sapa aku nak bagi award ni. So, sesapa yang singgah kat blog aku ni, yang belum ada award ni & nak letak kat blog memasing, silakan.

Thursday, June 25, 2009

Baking lagi

Benda pertama yang aku buat bagi merasmikan oven baru tu, adalah roti kentang. Teringin sesangat nak makan roti kentang hasil air tangan sendiri. Aku guna resepi Onigiri. Mula2 aku buat sebijik sebijun ikut dalam resepi. Bila aku biarkan adunan tu naik, nampak macam tak berapa naik la plak. Aku biarkan je la sebab aku ingat adunan tu tak jadi. Aku pun buat la adunan lain. Kali ni aku rendam yis dgn air suam & gula. Kemudian baru aku campurkan ke dalam adunan tepung & aku biarkan adunan tu naik. Sekali tu, aku tengok dua2 adunan aku tu naik. Bayangkan la berapa banyak roti kentang yang aku dapat.
Alhamdulillah, selamat la aku mengagihkan roti kentang tu kat suku sakat aku. Tapi adik aku komen sikit. Dia kata yang kat TESCO tu lagi lembut. Tapi bagi aku dah kira lembut la tu. Tak pe, lain kali kita cuba lagi.


Roti kentang baru keluar dr oven.

Tekstur dlm roti kentang.

Kemudian, last week aku buat kek durian plak. Hehehe... disebabkan sekarang ni musim durian, kita pelbagaikan makanan berasaskan durian. Resepi kek durian ni aku ambik dari blog Cik Mat Gebu. Tapi disebabkan aku guna butter yang tak biasa aku gunakan (selalunya aku guna buttercup) so, rasa dia agak muak. Tapi bapak aku cakap OK. Mungkin tak kena dengan tekak aku kot. Apa2 pun, dah selamat masuk ke tangki Indah Water. Hehehe...

Kek durian.

Family Day

Dua minggu lepas, aku satu family, abang aku satu family & adik pompuan aku yang masih single & available tu, gi berkelah. Mula2 kami pergi bersihkan dusun buah. Maklum le...musim buah durian sekarang ni kan. So, masa ni la nak tengok dusun durian tu cantik & bersih. Kalau tak....memang kami bercucuk tanamkan lalang je la. Dulu dusun ni memang sentiasa terjaga. Tapi semenjak bapak aku sibuk dengan ternakan ikan dia kat kebun kitorang yg satu lagi tu, dia tak de masa nak bersihkan dusun tu lagi.

Kami bertolak dlm pukul 11 pagi. Makanan untuk bekalan kami cuma beli kat pasar minggu je. Malas nak masak2. Abang aku satu family dah pegi dulu. Lagipun kebun tu tak la jauh sangat dari umah aku. Cuma dalam 10 minit je dari umah aku. Sampai je kat kebun, aku tengok abang aku dah start mesin rumput (lebih tepat lagi, mesin lalang. Hehehe....) Disebabkan hubby aku ni orang bandar & tak berapa reti buat kerja2 kampung ni, dia kena la jaga Is. Nampak gaya kena ajar dia jadi orang kampung la lepas ni.

Sayang nya aku tak teringat nak ambik gambar masa kami kat kebun durian tu. Sibuk sangat buat keje. Hehehe...Lain kali aku snap gambar masa kat kebun tu. Lepas badan pun dah 'wangi' dengan aroma asap, kami pun terus gi ke kolam ikan bapak aku. Kalau dari kebun durian tu, cuma dlm 10 minit je. Bersebelahan dengan kolam ikan bapak aku ni, ada sungai & berdekatan dengan perkampungan orang asli. Tu sebab bapak aku kena selalu jaga kolam ikan dia sebab orang asli tu selalu dok gi memancing/menjala free kat situ.

Yang paling seronok tentulah budak2 sebab dapat mandi sungai. Sungai tu plak memang la selamat untuk budak2 sebab sungainya cetek/dengket je. Jangan kata budak2, mak budak & bapak budak pun sama berendam.

Ni lah sebahagian pemandangan kat kolam ikan bapak aku.

Seronok tengok pemandangan yg hijau je. Pemandangan 3 kolam ikan.

2 drpd 5 org anak abg aku. Yg kurus tu (Haziq) ada gaya jadi petani, penternak & nelayan berjaya. Yg debab tu (Haikal/along) buat keje sikit dah penat. Makan dia tak penat plak.

Terapi ikan. Hehehe...tapi jgn salah faham. Ikan tu sebenarnya bukannya makan sel2 mati yg mcm org selalu buat terapi ikan tu. Kami cuma tabur makanan ikan & berduyun2 lah ikan tu datang. Ikan ni...goreng pun sodap. Tapi tu baru anak2 ikan je. Yg besar2 dah kena jual. Skrg ni bapak aku jual anak ikan kat org yg nak bela ikan. So, sesapa yg bercadang nak bela ikan talapia merah, contact aku ye. Hehehe....

Thursday, June 11, 2009

Tercapai Sudah Targetku.

Alhamdulllah....akhirnya target aku yang terakhir iaitu nak beli oven yang saiz besar dah tercapai. Hari Isnin lepas, kebetulan hubby tak kerja. So, belah petang kami gi buat lawatan ke kedai elektrik.


Mula2 dulu aku nak beli cap Europa. Pas tu tukar plak cadangan nak beli oven Zanussi. Akhirnya, aku beli cap Pensonic je. Hehehe... Dah itu je yang ada kat kedai tu. Lepas ni makin galak la aku membaking gamaknya.


Sunday, June 7, 2009

Mini Fondant Cake

Kali ni aku terima tempahan dari jiran belakang umah mak aku merangkap saudara macam2 bau dengan hubby aku. Hehehe...aku sendiri tak dapat nak merungkai macamana pertalian saudara diorang ni sebab semuanya saling kait mengait. Mak & bapak mertua aku sendiri sebenarnya bersaudara. Cuma dekat atau jauh tu yang aku tak tau. So, jiran belakang umah aku ni plak, ada pertalian dengan kedua2 mak & bapak mertua aku. Anak dia ni plak, merupakan anak angkat yang juga mempunyai talian persaudaraan dengan dia. Tak ke pening kalau nak dirungkaikan sumenye.

Mula2 si Nurul ni mintak aku buatkan cupcake untuk hantaran perkahwinan dia. Dia nak 7 biji je. So, tak la penat sangat. Tapi disebabkan aku tak de casing yang betul2 cantik, aku ubah rancangan tu. Aku terfikir untuk buat mini fondant cake.

Actually macam2 perasaan ada. Excited, takut & bimbang sebab inilah pertama kali aku nak cuba deco cake dengan fondant. So, hari Khamis malam, aku start buat bunga, rama2 & bentuk love untuk dihias atas mini fondant cake tu.


Hari Jumaat, lepas anak2 makan & tidur, baru aku start project membakar kek. Aku buat moist chocolate cake je. Lepas tu, aku potong2 kek tu menjadi saiz mini berbentuk segiempat. Masa ni la aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku ada acuan untuk mini cake ni. Lepas ni kena cari jugak acuan ni nampaknya.



Yang agak mencabar, aku rasa masa nak salut kek tu dengan fondant. Sebelum ni aku belajar hanya untuk tutup cupcake dengan fondant aje. Kali ni kira ikut sedap aku je la macamana nak salut kek tu dengan fondant. Tapi Alhamdulillah, usaha aku tu berhasil. Cuma mungkin la tak secantik orang yang dah pro.

Masa aku hantar kek tu kat Nurul, dia puas hati dengan hasilnya & ramai puji yang mini fondant cake aku buat tu cantik. Kembang akak dek non. Hahaha....Masing2 kata sayang plak nak makan.
Kemudian, aku sponsor sebiji kek untuk dipotong pada hari persandingan dia. Mula2 nak buat kek 2 tingkat. Tapi disebabkan aku start buat kek pun dah pukul 9 malam hari Sabtu tu...so, tak jadilah nak buat kek tingkat2 ni. Cukuplah sekadar kek setingkat je. Lagipun kek sponsor kan. hahaha....


So, buat Nurul & Izham, selamat pengantin baru akak ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Monday, May 25, 2009

Is Dah 6 Tahun.

19 hb May hari tu genap umur Is 6 tahun. Dah besar anak sulung aku rupanya. Hehehe....mana nak rasa, selama ni aku layan Is macam baby. Disebabkan dia lemas masa lahir, sampai sekarang ni dia masih tak mampu untuk berjalan, duduk, bercakap apatah lagi untuk menguruskan diri dia sendiri. So, segala2 nya harus bergantung pada orang lain.

Walau macamana sekali pun keadaan dia, aku & hubby tetap terima ketentuan Allah. Tipu lah kalau aku kata tak sedih bila tengok keadaan dia. Tapi ada lagi kanak2 yang lebih teruk keadaannya dari Is. Sekurang2nya dia boleh melihat, mendengar, makan tanpa perlu menggunakan tiub (Is cuma boleh makan semi-solid food), senyum, gelak, menangis. Mungkin ini salah satu dugaan untuk kami sekeluarga.
So, pada malamnye, kami sekeluarga celebrate birthday Is. Aku cuma buat dadih, caramel & chocolate cake. Yang terlebih excited mestilah si Abil. Tak sabar2 nak potong kek walaupun bukannya birthday dia. Hehehe....

Kek, caramel & dadih...

Mata Abil sentiasa kat kek. Hehehe....

Sebenarnya aku nak letak gambar Is dari kecik sampai sekarang. Tapi kena tunggu aku scan dulu gambar2 masa Is kecik. Maklum le...masa tu aku mana ada digital camera. Yang ada dalam pendrive aku tu cuma gambar2 masa Is dah besar. So, korang tunggu lah entry aku yang seterusnya.


Thursday, May 14, 2009

Senyum....1..2..3..







Haaa..ni la rupa Abil bila bergambar. Sekarang ni kalau kita nak ambik gambar dia, bila kita kata senyum je, dia mula la buat senyum popeye. Senyum sambil mata sebelah tertutup. Kadang2 tu dua2 belah mata tertutup. Kadang2 plak, bahu pun menyenget sekali.



Wednesday, May 6, 2009

Dah Selamat....

Akhirnya aku dah selamat pindah ke umah baru. Mengemas pun tinggal sikit2 je lagi. Cuma tinggal bilik menjahit/computer je yg masih belum berkemas. Itupun barang2 still dalam kotak lagi. Tak banyak, cuma 3-4 kotak je.




Bersempena dengan cuti labour day ari tu, aku buat la makan2 sikit. Itupun sebab nak celebrate birthday abang & adik lelaki aku yang lahir dalam bulan April. Bukan jemput sesapa pun. Cuma keluarga aku je. Aku dengan rajinnya buat bihun soto & chocolate cake. Alhamdulillah, sumenye licin. Cuma tinggal sikit bihun & nasi himpit je. Tak sudah, esoknya mak aku buat kuah kacang untuk makan dengan nasi himpit. Hehehe...


Aku suka dok kat Batang Kali ni. Udara masih segar. Maklumlah....masih banyak kawasan hutan kat belah2 belakang sana. Dari umah aku ni, boleh nampak Genting Highland. Kalau pepagi tu, boleh nampak kabus kat Genting. Kalau kawasan atas tu clear, tak berkabus, blh nampak bangunan kat sana. Hehehe...akhirnya aku balik jugak kat tempat aku dilahirkan. Kat sinilah aku lahir, dibesarkan & sekolah dari tadika sampai la ke sekolah menengah. Bila dah habis sekolah menengah, barulah aku keluar dari Batang Kali ni. Tercampak kat ITM Segamat. Agaknya kalau ada IPT kat Batang Kali ni, harus aku tak keluar gamaknya. Hahaha...

Dari dapur umah aku blh nampak Genting Highland.


Meh kita.... zam zam ala ka zoom....



Bila dah grad, aku balik dok kat Batang Kali. Nak kerja kat KL, macam tak sesuai je dengan aku. Bila aku dah kawin, kena ikut hubby aku dok kat Puchong & lepas 2 tahun setengah kawin, merantau plak dok kat India selama 3 tahun setengah. Sekarang ni aku balik semula dok kat sini.


Tapi aku rasa Batang Kali dah tak macam dulu. Dulu kawasan ni masih dara. Hehehe.... Banyak pokok getah. Masih terasa suasana kampung. Tapi sekarang ni dah banyak berubah. Kawasan perumahan dah makin banyak dibuka. Orang bandar pun dah ramai pindah kat sini. Kadang2 tu aku rasa sesak bila tengok gelagat segelintir remaja yang penuh dengan 'adab kebandaran'. Aku tak kata semua. Hanya segelintir. Tapi bak kata orang tua2, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Agaknya inilah yang dikatakan 'transformasi'. Bukan AF je yang ada transformasi tau.

Walaubagaimanapun, aku tetap berharap semoga suatu hari nanti, aku dapat membesarkan anak2 aku dalam suasana kampung di mana sifat saling membantu & harmoni masih wujud. Waaahhhh....syahdu syahdan plak bunyi entry aku kali ni. Hehehe....layan je la.

Thursday, April 23, 2009

Proses Berpindah Ke Rumah Baru

2-3 hari ni sibuk sikit dengan urusan nak berpindah ke rumah baru. Masuk ni, dah 6 kali aku berpindah randah. Paling sempoi aku pernah pindah, masa kat Chennai dulu iaitu dari T. Nagar nak pindah ke R.A Puram. Kami cuma sewa 2 buah Qualis (macam Pajero tu) & 1 auto. Barang2 sume kami sumbat dalam Qualis & kami anak beranak naik auto. Maklum le...barang kami tak banyak mana masa tu. Angkut kain baju, barang2 dapur & harta benda kami yang tak seberapa. Masa tu kami tak de apa2 perabot pun. Sumenye tuan umah punye.


Paling dasyat kami pindah, masa dari Chennai (R.A Puram) nak balik ke Malaysia. Masa tu kami dah beli macam2 perabot (tak la banyak mana pun. Cuma sofa, fridge, washing machine, TV cabinet & aku punya workstation je). Fridge & washing machine tu pun sebenarnya terpaksa beli sebab yg tuan umah punya asyik rosak je. Masa dia bagi kami tu pun dah rupa nak roboh. Bila barang2 dah sampai kat umah kami kat Malaysia, umah ni penuh dengan kotak kat setiap sudut. Sampaikan aku tak tau nak mula mengemas kat mana. Tapi Alhamdulillah, akhirnya sumenye selesai. Itupun aku suruh packersbukak benda2 besar je. Kalau dorang bukak sume, lagi aku pening kepala.


Kali ni, kami pindah guna khidmat packers gak. Tak larat rasanya aku nak buat sengsorang. Nak mengangkat barang turun naik tangga. Mau semput aku dibuatnya. Dah la baru buat D&C. Nasib baik la hubby aku bermurah hati nak mendermakan duit dia kat packers tu. Hehehe...

Setakat ni aku cuma dah pack baju2 kami je. Yang lain2 biarlah packers yang buat. Nanti tak berbaloi plak kami bayar kat packers. Hehehe...

Tuesday, April 21, 2009

Ahli Baru

Kali ni aku nak citer pasal ahli baru dalam keluarga Yeop Radzi (ni bapak mertua aku la ni. Orang Perak. Hehehe...). Nama dia Adi Lokman bin Husaini. Bapak dia si Husaini ni, adik hubby aku yg no. 5. Sebenarnya si Lokman ni lahir kat Kedah sebab memang mak dia dok kat Kedah & bapak dia plak dok kat Selangor.

Biras aku ni keje dengan Perodua kat Kedah. Adik ipar aku plak keje kat Sungai Buluh. So, terpaksalah berpisah. Tapi buat sementara waktu je. Sebab biras aku tu belum dapat tukar lagi ke Perodua kat sini. Insyaallah, sekarang ni dalam proses permohonan.

Cucu ke-4....Adi Lokman bin Husaini
Cucu ke-3.....Abdul Fatah bin Abdul Hadi

Hehehe...yang ni hero2 aku. Cucu sulung & ke-2, Mohamad Iskandar & Mohamad Nabil bin Mohamad Imran. Tengah melepak tengok TV.

Friday, April 10, 2009

Kisahku...

Semenjak kebelakangan ni aku dah jarang dapat update blog ni. Bukannya apa....banyak sangat benda yg berlaku & nak dibuat. Sebetulnya, aku baru saja keguguran anak yang ke-3. Tapi baru 5 weeks je. Blm besar lagi. Kalau dah besar, meragan gak rasanya. Tapi disebabkan kandungan tu baru 5 weeks, tak la terkilan sangat.


Aku pun tak tau apa puncanya aku boleh keguguran. Masa mula2 bleeding tu (Jumaat mlm, 10 April), aku buat tak kisah gak sebab tak de rasa sakit. Hari Sabtu, kawan hubby aku datang umah. Wife dia nasihatkan aku gi check sebab dia pun pernah alami benda yang sama. So, lepas diorang balik, aku gi klinik kat bawah umah aku ni. Memang aku sentiasa buat check-up kat situ. Tapi klinik tutup plak. So, malam tu hubby bawak aku gi kat spital KPMC puchong. Doktor gynea plak tak de.


Akhirnya kami ambik keputusan gi kat spital Columbia Asia Puchong. Dekat je dgn spital KPMC tu. Masa gi tu kebetulan Doktor Gynea ada kat situ. Nama doktor tu, Ng Soon Pheng. Doktor lelaki. Mula2 tu rasa malu gak. Tapi bila fikirkan pasal kesihatan aku & kandungan, aku buang rasa malu tu.


Dr. Ng ni memang baik. Segala penerangan dia jelas. Selepas dia buat scan kat aku, dia terangkan apa situasi & pilihan yg kami ada. So, aku & hubby ambik keputusan utk buat ujian HCG. Ujian ni akan menentukan samada fetus tu berkembang atau tak. So, lepas jumpa Dr. Ng, aku pun kena dermakan sikit darah (sikit ek? Bg aku banyak gak) untuk diuji di lab.


Hari Isnin tu, sekali lagi darah aku diambil untuk diuji. Selepas 1 jam, result nye keluar & memang sah fetus aku tu tak berkembang. Kalau ujian darah hari Sabtu tu menunjukkan BETA HCG aku 24890, kali ni dia turun jadi 21365. So, Dr Ng nasihatkan aku utk buat D&C. Aku pun memang setkan dalam kepala otak aku ni dari awal lagi, kalau dia bertahan, Alhamdulillah. Tapi kalau tak, mungkin itu yg terbaik bg dia.


Hari Selasa pkl 8.30 pg aku dah kena gi spital & dalam pkl 9.30 pagi, aku pun buat D&C. Lepas Dr. Ng bius aku, terus aku tidur dengan lenanya. Tak sedar apa yg dia buat kat aku. Bila sedar, aku dah dok kat OT Day Care. Masa tu kalau tak silap aku dalam pkl 12 lbh. Nyenyak sungguh aku tido. Hehehe...Bila nurse datang, first thing yang aku tanya tentulah hubby aku. Hahahaha...nurse tu pun senyum je. Hubby aku kata lamanya tido. Apa, dia ingat blh main tido2 ayam ke. Lepas Dr. Ng datang & check aku, aku dilepaskan pulang. Lega nye rasa...

Balik tu terus aku dok umah mak mertua aku. Tak jauh, cuma kat Puchong Perdana je. Balik dari spital, aku tido lagi. Kena rehat cukup2 hari tu sbb............esoknya aku ada driving class. Hahaha...Aku cuma berpantang dari segi pemakanan & apa2 yg patut je. Nasib baik mak mertua aku ni bukan jenis yg kuat sangat pantang larang nye. Cuma, bila jiran2 tanya aku nak gi mana, aku cakap nak gi spital, check-up. Kalau diorg tau aku nak gi driving class, mau berbakul2 diorang membebel kat aku. Maklum le...diorang tu jenis yg kuat berpantang.

Alhamdulillah, semalam aku berjaya lulus dalam driving test dengan JPJ. Lepas ni kena practice banyak kali supaya aku jadi lebih cekap. Skrg ni mcm takut2 je bila nak drive sendiri especially bila nak parking. Masa test boleh la sebab tak de keta betul2. Kalau kat luar ni takut 'tercium' keta orang plak.

Ok lah, dah banyak plak melalut. Entry kali ni tak de gambo. Tak de mood nak taruk gambo. Tunggu lah entry akan datang.

Ku Lihat Hijau

Hahaha...tengok tajuk entry ni macam lagu Zainal Abidin la plak. Tapi sebetulnya sejak kebelakangan ni projek masak2 aku kebanyakannya berwarna hijau. Meh kita teropong apa benda yang aku buat.


Mula2 aku buat buah melaka. Dah lama sangat tak buat buah melaka ni. Dulu masa kat Chennai, rajin gak buat buah melaka untuk dibawak ke jamuan potluck. Tapi sekarang ni, dah tak de potluck lagi. Buat pun semata2 untuk mengisi anak tekak je.

Pastu aku buat kuih lopis. Kuih lopis aku ni style org malas. Aku cuma kukus beras pulut dgn air daun pandan & letakkan sikit garam. Bila dah masak, aku padatkan dlm bekas dadih yg pendek tu. Pastu, ketuk2 bg kuih lopis tu keluar & salutkan dengan kelapa parut. Curah air gula merah & ngap. Kalau simpan dalam fridge lagi sedap.

Yang ni plak aku buat cendol guna resepi K. Fida kat Myresepi. Memang sedap & rasanya macam cendol yang jual kat kedai tu. Yg ni sah2 la bersih & suci. Kalau yang kat kedai tu kita tak tau sapa yg buat & bagaimana tahap kebersihannya. Seronok gak buat cendol ni. Skrg ni stock cendol & air gula merah sentiasa ada kat dlm fridge. Agak2 nak minum cendol, just sediakan santannye aje.

Kita minum dulu.....